~segala rasa itu adalah anugerah...hingga tercetusnya ilham~

Monday, January 31, 2011

CERPEN : MenCintAi @ MemiLiki?

BAB 1
Feewittt!!!
Arghh menyampah! Bisik hati kecil Aleeya lalu menghadiahkan satu jelingan yang sungguh tajam kepada pemberi siulan itu. Sudah jelik mendengar siulan nakal pemuda-pemuda di kampungnya itu.
Itulah Aleeya, walaupun raut wajahnya ‘dihiasi’ dengan jerawat-jerawat kecil dan berkulit hitam manis, namun memiliki sepasang mata yang bundar menawan dan seukir senyuman yang manis sudah cukup mencairkan hati jejaka-jejaka di luar sana.
“Leeya! Amboi, sombongnya awak, ya. Jalan laju-laju sampai tak perasan kita ni,” kata Farish dengan nada geram.
Farish…Lelaki inilah yang menjadi teman akrab Aleeya semenjak Aleeya berpindah ke kampung tersebut, ke mana sahaja Aleeya pergi, pasti Farish sentiasa berada di sisinya. Di bahu Farishlah tempat Aleeya mengadu nasib, berkongsi suka duka, dan sama-sama bersatu hati menyulam impian nan satu.
“Hehe…maaf, ya,” Aleeya menghulurkan senyumannya yang menawan itu.
“Wahai Cik Leeyaku yang tersayang, jangan ingat senyuman awak itu boleh buat kita maafkan awak tau. Sikit pun kita tak hairan tau,” Farish mencebikkan mulutnya sambil jari telunjuk kanan digoyangkan ke kiri dan ke kanan menandakan ‘tidak’.
“Tak nak maafkan, tak apalah. Jangan jumpa kita dah. Assalamualaikum.” Aleeya berkata sambil berlalu pergi meninggalkan Farish yang terpinga-pinga.
Farish terus menjerit, “Waalaikumussalam. Awak tak nak jumpa kita, tak apalah. Baru ingat nak belanja mee rebus Mak Temah. Alhamdulillah, selamat duit kita. Jalan baik-baik, ya. Kalau ada orang kacau awak, awak bukalah langkah silat sumbang awak tu tau.”
Langkah Aleeya terus terhenti tatkala terdengar kata-kata Farish. Bukan disebabkan ayat terakhir Farish tetapi disebabkan mee rebus! Dia memalingkan mukanya, kemudian badannya dipusingkan, dan terus berlari mendapatkan Farish yang tegak berdiri bagaikan tiang lampu yang terpacak di hadapan mereka.
“Alhamdulillah..kenyangnya. Sedap betul mee rebus Mak Temah ni, kan. Rasa macam nak tambah lagi semangkuk pun bagus juga, kan,” Aleeya memegang perutnya.
“Wah, kalau dah namanya orang belanja, makan cacing pun sedap, betul tak? Silalah order lagi, tapi mangkuk ketiga tu sorry, tidak termasuk dalam bajet kita tau.” Farish menyambung lagi, “Kalau ikutkan memang mahu belanja awak semangkuk aje, tapi memandangkan awak seperti tak makan berminggu-minggu, jadi kita pun tukar plan. Tambah lagi semangkuk untuk awak. Aii…nampaknya kita bagi betis, awak nak peha pula, ya,” celoteh Farish tak henti-henti.
Aleeya mendongakkan mukanya lalu membalas, “Eh, siapa cakap kita nak betis awak, nak peha awak. Awak bagi free bulu ketiak awak pun kita tak ingin tau.”
Farish terasa geli hati mendengar jenaka Aleeya itu. Farish memandang Aleeya sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dia sendiri berasa hairan dengan temannya itu. Memiliki tubuh badan yang kurus biarpun selera makannya setinggi Gunung Everest. Memang bertuah badan. Boleh mengikut selera makan sesuka hati. Tidak perlu memikirkan berat badan senang naik. Sememangnya Aleeya sukar menghadapi kenaikan berat badan sepertimana teman-teman perempuannya yang lain.
“Ehemmm! Apa yang awak pandang-pandang tu? Janganlah pandang kita begitu. Malu kita tau,” Aleeya berdehem beberapa kali. Dehem kali ketiga barulah Farish tersedar akan tindakannya itu.
“Hello tuan puteri, jangan perasan tau. Kita cuma fikirkan nasib bakal suami awak nanti. Kesian dia tau. Selalu pening kepala setiap kali nak bagi awak makan. Hehe, kesian, kesian, kan,” geleng Farish berulang kali.
Ala, biarlah. Bakal suami kita yang pening kepala, bukannya awak pun,” Aleeya tetap mempertahankan dirinya.
Farish hanya membatukan diri. Dia sudah penat melawan kata-kata Aleeya. Biarlah kali ini kemenangan berpihak pada Aleeya. Dua sahabat itu meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Mereka tidak berbual seperti biasa. Mungkin masing-masing berasa terlalu kenyang lalu mulut pun terkunci.
Aleeyakalaulah awak tahu…’ hati kecil Farish seakan berbisik.

BAB 2
Kriiiiiiiiiiiiiiiingg!!!!
Loceng keramat itu sudah berbunyi seakan-akan memahami dendangan lagu dalam perut pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sri Tanjung. Pelajar-pelajar berpusu-pusu menuju ke kafeteria untuk menghilangkan rasa lapar dan dahaga mereka. Namun, Aleeya lebih selesa menghabiskan masa senggangnya itu di perpustakaan yang terletak hanya bersebelahan dengan kelasnya, 5 Inovasi. Tambahan pula dia akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tidak lama lagi.
“Alahai, patutlah menjadi kuntuman bunga idaman kalbu sang kumbang. Pandai menjaga badan supaya sentiasa kelihatan slim gitu. Kalau akulah, kan, hisy tak kuasa tau,” Zira berkata dengan nada sinis bersama teman-temannya.
“Aik, bukan ke kau pun sama? Sanggup mengikat perut sebab mahu pikat Farish? Kau yang cakap hari tu,” Hetty, salah seorang teman Zira berasa keliru. Zira menjeling tajam ke arah Hetty seperti memberi amaran untuk mengunci mulutnya itu.
Walaupun bukan secara langsung bercakap di hadapan Aleeya, namun Aleeya faham akan kata-kata Zira memandangkan Zira berkata sambil menjeling ke arahnya. Aleeya memandang Zira sambil tersenyum seolah-olah setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Zira sebentar tadi. Zira bertambah geram tatkala terlihat senyuman yang terukir di bibir Aleeya itu.
Zira yang sedang menuju keluar telah bertembung dengan Farish di muka pintu perpustakaan itu. Air muka Zira terus berubah. Dia menegur jejaka pujaan hatinya itu.
“Hai Farish, dah makan ke? Mari I temankan you makan, nak?” tegur Zira.
Sorry, I dah makan dah. Terima kasih ajelah, ya,” Farish tersenyum.
“Kalau camtu, lain kalilah, ya. You ke mari cari I, ya?” tanya Zira lembut.
“Tak adalah. You ada nampak girlfriend I tak? Dia cakap dia ada di sini, tapi I tak nampak pula,” tanya Farish sambil tercari-cari seseorang.
Girlfriend? Dia mengaku perempuan tak sedar diri itu sebagai girlfriend dia?! Cis, kurang asam keping, ya! Tunggulah..! Dia berasa geram lalu terus beredar dari situ tanpa meminta diri.
Farish ketawa kecil. Dia sebenarnya sudah nampak Aleeya tatkala kakinya melangkah masuk. Namun, dia sengaja bertanyakan demikian pada Zira, teman sekelasnya. Dia tahu sikap Zira yang sentiasa mengganggu hidup Aleeya. Dia tahu Zira ada menaruh perasaan padanya. Disebabkan itulah dia berasa cemburu pada Aleeya yang sangat rapat dengannya.
Waktu rehat telah tamat. Aleeya mengambil tempat duduknya yang berada di sisi tingkap kelasnya. Dia memandang ke arah luar tingkapnya. Bahagianya sepasang merpati bebas berterbangan di dada langit yang membiru itu. ‘Seandainya aku boleh menjelma menjadi seekor merpati putih, mungkin bila-bila masa sahaja aku boleh menyelinap keluar dari tingkap ni. Terbang dan terbang lagi jauh-jauh pulang ke rumahku. Aduh…malasnya nak belajar subjek yang paling aku tak minat ni…kalaulah keajaiban boleh berlaku di saat ini, fuhhh…terima kasih Tuhan…’
Keasyikannya termenung itu terhenti tatkala seorang lelaki yang berbadan tegap, agak tampan melangkah masuk ke dalam ruang kelasnya. Malah, seluruh kelasnya bertukar suasana menjadi bisu.
“ASSALAMUALAIKUM SEMUA…”
Lidah kelu. Masing-masing hanya mampu menjawab salam dalam hati. Siapakah dia sebenarnya...

BAB 3
“Suara...dengarkanlah aku..Apa khabarnya pujaan hatiku...Aku di sini masih menunggunya...Masih berharap di dalam hatinya...” riang ria Firhan mendendangkan lagu Suara Ku Berharap nyanyian kumpulan Hijau Daun di sisi satu-satunya adik yang disayanginya.
Farish memandang abangnya, Firhan dengan penuh tanda tanya. Sememangnya dia tidak begitu memahami apa yang Firhan cuba sampaikan kepadanya. Walaupun Firhan baru sahaja pulang ke tanah air setelah menamatkan pengajiannya dalam jurusan Kejuruteraan Kimia di United Kingdom, namun dia tetap bijak membaca apa yang tersirat dalam hati adiknya itu.
“Aduh...Bisa cair gitu bila janda-janda kampung terdengar kelunakan suara abang. Nanti tersangkut payah tu bang nak lepas. Hehe. Itu abang belum nyanyi lagu Cari Jodoh lagi itu. Erm bisa jadi taufan kampung kita ni bang oii,” gurau Farish.
“Hahaha...pandailah kau, Farish. Ini dok termenung melayan perasaan sorang-sorang, apa kes ni...port baik punya mengadap seberang sana, ya. Kalau dah rindu, pergilah melawat dia, tak salah pun, kan. Abang pun boleh temankan, amacam?” ajak Firhan seolah-olah mengerti perasaan Farish.
“Hisy, tak payahlah, ganggu dia nak berehat aje. Nanti nampak muka Farish ni bertambah teruk demamnya. Entah-entah abang tu yang nak sangat jumpa dia,” uji Farish sambil kedua-dua keningnya diangkat.
“Eh, kita pula yang kena. Baiklah, abang nak bersiap kejap,” jawab Firhan.
“Bersiap? Abang nak pergi mana?” tanya Farish.
“Laa, abang nak pergi jumpa buah hati pengarang jantung abanglah. Takkan kau nak ikut sama?” jelas Firhan dengan senyuman terukir.
“Sejak bila Farish ada bakal kakak ipar ni? Farish tak pernah tau pun,” tanya Farish dengan rasa pelik.
“Aik, kenapa abang tak bawa mYVi hitam abang tu? Nak pergi dating naik bas mini ke? Aduh, jatuhlah saham abang aku sorang ni, erm,” kata Farish sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Excuse me...tolong sikit. Hilanglah kemachoan abang kalau camtu. Membazir aje naik kereta tau. Dekat aje rumah buah hati abang tu...” Firhan memuncungkan mulutnya ke arah rumah Aleeya.
Terkejut bukan kepalang Farish. Tanpa berkata apa, dia terus menapak di belakang Firhan yang sedang menuju ke rumah Aleeya. Buang tebiat betul abang aku ini tau. Cakaplah siang-siang nak pergi jenguk Leeya.

“ASSALAMUALAIKUM.”
            “Waalaikumussalam. Eh, Firhan, Farish pun ada. Masuklah.” Ramah En. Megat kepada dua orang anak muda itu.
            “Kami datang ni nak melawat Aleeya, pakcik. Macam mana keadaan Aleeya sekarang? Yalah, dah dua hari dia tak datang ke sekolah. Risau juga saya, pakcik,” bicara Firhan dengan penuh tertib. Farish hanya sekadar mengangguk di sisi Firhan.
            “Alhamdulillah, demamnya hampir kebah. Cuma katanya kepalanya masih rasa berat lagi. Beruntung Aleeya ada seorang cikgu yang penyayang dan teman yang mengambil berat,” En. Megat memberi pujian atas keprihatinan Firhan dan Farish terhadap puterinya. Tersinyum simpul kedua-dua anak muda ini pabila dipuji.
            “Pakcik, boleh kami melihat keadaan Aleeya?” pinta Farish.
            “Erm, kalau pakcik kata tak boleh, macam mana?” uji En. Megat menidakkan permintaan Farish.
            “Huh? Kalau tak boleh, tak mengapalah pakcik. Kami minta diri dulu, ya. Kirim salam pada Aleeya,” kata Farish dengan rasa kecewanya. Farish menghulurkan tangan untuk berjabat.
            “Pakcik bergurau aje, nak. Hehe. Takkanlah pakcik nak bertindak kejam seperti itu. Tetamu dah susah-susah datang sini walapun tak sampai 1 kilometer tu hah, semata-mata mahu ziarah anak pakcik, kan. Marilah, ikut pakcik pergi ke bilik Aleeya,” ajak En. Megat.
            Firhan tersengih-sengih pada adiknya. Farish berasa malu sebentar tadi atas gurauan En. Megat. Cis! Terkena lagi. Padan muka. Huhu. Kedua-dua beradik itu membuntuti En. Megat yang sedang menuju kamar Aleeya.
            Aleeya terjaga dari tidur tatkala terdengar suara lelaki di dalam biliknya. Dia berasa terkejut akan kehadiran Firhan dan Farish di sisi papanya. Dia malu dengan keadaan dirinya di atas katil lalu terus menyelusup masuk ke dalam selimut tebalnya. Mereka bertiga tersentak dengan tingkah Aleeya.
            “Papa!!! Kenapa tak bagitau siang-siang dia orang datang sini?” suara Aleeya kedengaran dari dalam selimut.
            “Alamak! Maaf sayang..Papa terlupa anak papa ni seorang perempuan. Dia orang ke mari mahu tengok keadaan Aleeya. Aleeya berbuallah dengan Firhan dan Farish dari dalam selimut tu ajelah, ya,” bicara En. Megat. Beliau baru tersedar tidak sepatutnya dia membiarkan anak gadisnya yang berada dalam keadaan tidak bertudung dilihat oleh kaum lelaki bukan muhrim.
            “Aleeya, maaf ya. Kami mengganggu Aleeya. Kami bukan apa, risau dengan kesihatan Aleeya. Itu yang kami buat keputusan mahu ziarah Aleeya hari ini,” tutur Firhan dengan teratur.
            “Terima kasih Cikgu Firhan sebab ambil berat pasal Leeya. Leeya janji esok Leeya sudah boleh ke sekolah,” janji Aleeya pada Firhan.
            “Ehem..terima kasih dengan Cikgu Firhan aje? Kita ni dok terpacak kat bilik awak macam mana pula,” rajuk Farish.
            “Eh, haah. Kita hampir terlupa pula. Hehe. Thanks Farish sebab sudi datang jenguk kita. Tapi takkan berlenggang je datang ke mari? Selalunya bila ziarah orang sakit akan bawa sesuatu seperti buah tangan ke, kan. Mana?” tanya Aleeya pada Farish sambil terkekek-kekek dalam selimut. Firhan dan Farish saling memandang.
            “Itulah Farish. Tadi abang suruh jolokkan buah kelapa muda nak bagi pada Aleeya ini, kau itu malas sangat. Tak sabar nak ke sini,” Firhan menyakat adiknya. Farish tertanya-tanya dalam hati, ‘Aik, bila masa pula abang suruh ni..hisy nak kenakan aku lagilah tu..’
            “Cikgu, kalau setakat buah kelapa muda, Leeya yang sakit ini pun boleh pergi jolok kelapa depan umah Leeya tu,” jawab Aleeya sambil menjuihkan bibirnya. Dia terlupa dia berada dalam gebarnya. Firhan dan Farish tertawa setelah mendengar kata-kata Aleeya itu.
            “Erm..bunyi macam dah baik aje kan, bang. Entah-entah minah ini buat-buat sakit aje kot,” gurau Farish pada gadis itu.
            “Haah betul tu. Ceria aje dia, siap boleh buat lawak lagi, kan, Farish. Itu maknanya dia akan bertambah sihat bila dengar suara kita ni. Hehe,” Firhan setuju dengan pernyataan Farish.
            Krrroohhhh…dengkur Aleeya kedengaran. Aleeya sengaja membuat dengkuran itu seolah-olah dia tidak mendengar perbualan dua beradik itu.
            “Alahai..Tidur pula minah ni. Hisy..habis air liur ni bercakap dengan dia. Buang masa betullah. Jomlah bang, kita balik. Nanti mak abah cari pula,” ajak Farish. Aleeya tersenyum kerana berjaya mengenakan Firhan dan Farish dengan taktik dengkurannya.

BAB 4
            Kini, subjek Kimia sudah menjadi subjek kegemaran hampir semua pelajar perempuan Tingkatan 5, termasuklah Aleeya. Prestasi subjek tersebut saban hari kian meningkat. Segalanya terjadi gara-gara kehadiran guru sementara di sekolah tersebut iaitu Cikgu Firhan. Cikgu Firhan bukan sahaja dapat menawan hati pelajar-pelajar di situ, malahan guru-guru yang masih ‘kekosongan’ turut menaruh perasaan terhadapnya.
Firhan selalu menerima surat, kad, coklat dan sebagainya daripada pelajar-pelajarnya. Namun, ada sesuatu yang begitu menarik perhatiannya, iaitu kemunculan nota kecil berwarna biru laut pada 15hb setiap bulan. Dia sudah mendapat dua bingkisan nota yang mana menandakan genap dua bulan dia berkhidmat di sekolah tersebut.
Nota yang pertama berbunyi,
            ‘HATI ini sukar dimiliki. Bukan mudah didalami. FIKIRAN ini sukar dimengerti. Bukan mudah ditafsiri. HATI dan FIKIRAN seandainya dijadikan lagu dan irama, adakah mungkin segalanya mudah untuk didalami mahupun ditafsiri..’
‘AA’
Nota kecil itu dilipat semula dengan kemasnya. ‘Alahai, begitu puitis kata-kata ni. Aku tak berapa faham maksudnya. Itulah masa kelas Sastera dulu, aku rajin sangat pergi ‘belajar’ subjek Geografi, peta dunia pun aku dah terhafal…’
Firhan membuka nota biru yang kedua itu, yang tercatat begini,
‘Sang Mentari muncul di siang hari memberikan sinar harapan, Si Rembulan hadir di kala malam untuk mendengar suara agar esok masih ada sinar itu...’
‘AA’
            Hati Firhan bagaikan terdodoi dengan kata-kata romantis itu. Dia kagum dengan penulis nota tersebut. Begitu mendalam di sebalik kata-katanya. Dia pasti bahawa ‘AA’ adalah seorang yang sangat istimewa. Namun, hatinya belum terbuka untuk sesiapa, apatah lagi yang wujud hanyalah hubungan antara guru dan pelajarnya. Dia menghormati kariernya kini walaupun hanya untuk sementara. Kepuasan untuk mendidik anak bangsa dapat dirasai setelah dia menyesuaikan dirinya dengan keadaan sekeliling.

Firhan merebahkan tubuhnya di atas katil peraduannya. Kedua-dua tangannya diletakkan di bawah kepala. Kaki kanannya bersilang dengan kaki kiri lalu digoyangkan ke kiri ke kanan. Matanya asyik memerhatikan siling atap biliknya bagaikan merenung bintang-bintang yang bertaburan di langit. Sedang leka melayan lamunan, satu mesej masuk dalam telefon bimbitnya.
Mengelamun ke cik abang sorang ni..hehe.
Firhan yang membaca mesej Farish itu tersentak. Dia membuntangkan matanya. Dia tercari-cari kelibat adiknya dalam ruang kamar itu, namun tiada!
Aik? Peliknya. Mana kau tau ni?
 Firhan membalas mesej Farish dengan penuh tanda tanya. Adakah Farish sedang mengintipnya dari celah-celah lubang dinding papan biliknya? Ataupun Farish sedang menyembunyikan diri dalam biliknya?
Hah..itulah..abang nak tau tak ada CCTV kat bilik abang tu tau. Betul-betul pasang kat siling tempat abang tenung macam nak tembus itu..hehe. Oklah, bang.
                             Teruskanlah angan-angan Mat Jenin itu ya. Selamat malam.

Sempat lagi Farish mengusik abangnya. Sebenarnya Farish sebentar tadi pergi ke bilik Firhan untuk meminjam pendrive. Namun, dia mematikan hasratnya apabila dia membuka pintu bilik Firhan. Dia ternampak abangnya sedang mengelamun atas katil. Cepat-cepat Farish menutup semula pintu itu sebelum abangnya tersedar akan kehadirannya di situ.
Firhan tertawa seorang diri. ‘Ada-ada aje Farish ni…’ desis hatinya. Dalam kepala otaknya ligat memikirkan siapakah gadis ‘AA’ itu. Adakah dia sudah jatuh cinta dengan ayat-ayat puitis ‘AA’? Atau sekadar rasa ingin tahu terhadap pengirim nota biru itu?
Setitik demi setitik hujan mula turun membasahi Kampung Sri Tanjung malam itu.  Kesejukan malam membawa lamunannya pergi. Tanpa disedari, titisan hujan membawa kenangan silamnya di United Kingdom..
“Mai, hari ini adalah hari rasmi hubungan kita. Hari yang sungguh bermakna dalam hidup Ammar. Ammar takkan sesekali lupakan. Ammar sayangkan Mai lebih dari diri Ammar sendiri tau. Ammar tak sanggup kehilangan satu-satunya wanita yang Ammar cintai dalam hidup Ammar,” luah Firhan setulusnya pada Maisara.
Maisara hanya tersenyum. Dia sendiri berasa keliru dengan perasaannya. Adakah dia turut merasakan perasaan yang sama? Adakah dia menerima Firhan disebabkan rasa cinta dan sayang? Ataupun sekadar melepaskan rasa sunyi di kota metropolitan itu? Dia sedar tidak sepatutnya dia menipu perasaannya pada Firhan dan dirinya sendiri. Tetapi dia tidak sanggup menolak cinta Firhan. Dia tahu lelaki itu terlalu menyayanginya. Dia juga gusar seandainya dia menolak, hubungan baik mereka berdua akan terjejas.
“Ammar, thanks for loving me. I’m the luckiest woman in this world because of loved by a man named Ammar Firhan. Really appreciate it, Ammar,” giliran Maisara pula meluahkan isi hatinya. Namun, adakah kata-kata yang diucapkan sebentar tadi itu datang dari sudut hatinya, ataupun hanya terucap sekadar di bibirnya? Hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu…
Pasangan kekasih ini menikmati cappuccino panas di Latio Café. Keadaan di luar yang dingin bersama salji yang turun kurang mengizinkan mereka berdua untuk berjalan-jalan melewati keindahan malam. Apa yang pasti, tidak tergambar perasaan Firhan malam itu. Betapa bahagianya saat itu…

Firhan memejamkan matanya. Dia mengeluh kecil. Dia tidak mampu membuang bayangan Maisara jauh ke dada langit. Sememangnya dia akui dia terlalu rindukan wanita itu. Namun, apakan daya. Tiada jodoh antara dua hati tersebut.
‘Ammar rindukan Mai…’ Dia membelek keychain yang berbentuk hati itu. Keychain kayu itu ditempah khas semasa hari mereka bergelar kekasih secara rasminya. ‘Soul Ammar Maisara Forever’ terukir kemas pada keychain itu dan boleh dipisahkan menjadi dua hati. Firhan menyimpan bahagian hati ‘Maisara Forever’ manakala Maisara menyimpan bahagian hati ‘Soul Ammar’.

BAB 5

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sudah bermula. Aleeya dan Farish bertungkus lumus menggunakan masa sebaiknya dengan megulangkaji pelajaran mereka. Walaupun Firhan sudah tamat tempoh mengajarnya di sekolah tersebut, dia masih tidak lokek mengajar Aleeya dan Farish di rumah. Dia mahu melihat dua sahabat itu berjaya hingga ke menara gading. Alhamdulillah…Aleeya dan Farish seakan berasa sedikit lega kerana mereka dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan tenang. Tetapi keputusannya…ermm tungguuuuu…
“Aleeya, kalau awak diberi peluang sambung belajar, universiti mana yang menjadi pilihan Leeya?” tanya Firhan.
“Leeya ingat nak belajar dekat universiti tempatan aje. Tak salah, kan Abang Firhan? Yelah, mama papa kan tinggal berdua aje dekat sini. Lagipun Leeya dan Farish dah berjanji sama-sama nak belajar dekat universiti yang sama…” Firhan meminta Aleeya memanggil dirinya ‘Abang Firhan’ setelah dia bersara menjadi ‘Cikgu Firhan’.
‘Leeya, maafkan aku…Aku terpaksa mungkiri janji kita itu…’ Farish tak sanggup melihat gadis yang dicintainya itu mencintai orang lain, iaitu abangnya sendiri. Sakitnya jiwa memendam rasa. Memang pada mulanya dia ikhlas berkawan dengan Aleeya namun begitu tanpa disedari semakin lama perasaan sayang sebagai teman kini bertukar menjadi rasa cinta seorang kekasih. Dia tidak dapat menolak anugerah itu. Dia tidak dapat meluahkan pada Aleeya. Dia tidak mahu sejurus Aleeya tahu tentang perasaan yang dipendamnya itu, hubungan mereka berdua menjadi renggang. Biarlah…biarlah rasa cintanya terperangkap dengan ikatan persahabatan yang terjalin. Mungkin itu adalah jalan yang terbaik dalam hidupnya. Dan biarlah pengorbanan yang dilakukannya atas dasar sayang dan hormat pada abangnya jua…

Semenjak Firhan menjawat jawatan sebagai jurutera kimia di salah sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur, Aleeya semakin merindui Firhan. Yang sedihnya, Farish yang seringkali menjadi tempat Aleeya meluahkan rasa rindunya pada Firhan. Hanya Tuhan aje yang tahu betapa luluhnya hati Farish. Nasib baiklah Farish bukan dilahirkan sebagai seorang perempuan, kalau tidak mahunya berkotak-kotak tisu dalam kamarnya. Mana tidaknya, saban hari pasti berendam air mata…
“Awak, Abang Firhan balik tak hujung minggu ni?” tanya Aleeya.
“Entah…Abang tak ada cakap apa-apa pula. Kenapa? Asyik rindu orang jauh aje, ni yang depan mata tak nak rindu ke?” usik Farish.
“Uwek! Tak malunya awak! Buang masa aje rindu awak tau!” Aleeya menafikannya.
“Eleh…sekarang depan mata memanglah awak tak rindu, nanti-nanti bila kita dah tak ada depan mata awak, hah masa tu baru awak tau siapa yang awak rindu sebenarnya…” Terpana sebentar Aleeya mendengar kata-kata Farish. Aleeya sememangnya sayangkan Farish tetapi adakah sekadar sebagai teman ataupun…ermm…
Aleeya tidak sabar mahu menunjukkan keputusan peperiksaan SPMnya pada Firhan. Walaupun keputusan Farish lebih cemerlang, gemilang dan terbilang jika dibandingkan dengan keputusannya, namun keputusannya masih boleh dikategorikan cemerlang juga.

BAB 6
            “Farish, kenapa awak tipu kita, hah? Awak kan dah janji dengan kita…Kenapa awak nak pergi jauh tinggalkan kita…” Aleeya menangis teresak-esak tatkala mendapat tahu Farish akan menyambung pengajiannya di Rusia manakala Aleeya ditawarkan belajar di Universiti Malaya.
            “Leeya, kita buat keputusan macam ni bersebab. Awak tak akan tahu. Maafkan kita ya…” Farish berasa serba salah mahu meninggalkan gadis yang dicintainya. Namun, dia sudah berjanji pada diri sendiri tidak akan menjadi batu penghalang cinta Aleeya pada Firhan.
           
            “Abang, nanti bila Farish dah pergi, abang jagalah Aleeya baik-baik ya…” pesan Farish.
            “Erk? Daripada abang jaga dia, baik abang kahwin terus aje dengan dia, kan? Hehe…” gurau Firhan. Lidah Farish kelu.
            “Baguslah macam tu. Lagipun Aleeya cintakan abang...”
            “Apa yang Farish cakapkan ni? Abang tak faham…”
            “Abang, sebenarnya ‘AA’ tu adalah Aleeya. Aleeya Azreen. Aleeya memang cintakan abang. Abang terimalah dia…” Setelah Farish membongkarkan rahsia, Farish berlalu pergi meninggalkan Firhan dalam keadaan terkejut.

Setahun sudah berlalu…
            ‘Farish…kita rindu awak…Sangat-sangat…pulanglah…’ bicara hati Aleeya acapkali sebelum tidur. Aleeya melepaskan rindunya dengan mengingati satu persatu memorinya bersama Farish di kampung.
Kini, baru Aleeya sedar perbezaan antara mencintai seseorang dengan ingin memiliki…perasaannya pada Firhan hanyalah sekadar rasa ingin memiliki, sedangkan rasa cintanya yang sebenar adalah milik Farish. Sementelah pemergian Farish, Aleeya terasa kehilangan. Hidupnya seakan sepi tanpa Farish. Tambahan pula Farish tiada di sisinya sepanjang kehidupannya di universiti. Memang berbeza. Walaupun Firhan menjaganya dengan baik tetapi hubungan mereka berdua sekadar abang dan adik.

Firhan : Farish, kau tak nak balik ke tengok abang kahwin? Tak lengkaplah keluarga kita kalau kau tak ada…lagipun abang kahwin sekali seumur hidup aje..
Farish :  Farish dah nak examlah tak lama lagi…maafkan Farish ek..Farish doakan abang bahagia hingga hujung nafas…
Firhan :  Ermm..nampaknya tak dapatlah Farish nak jumpa bakal kakak ipar Farish…Farish kenal dia…
Farish :  Farish tau…Kirim salam kakak ipar ek…Kirim salam mak abah juga

                Perbualan dalam Yahoo Messenger dimatikan. Tidak sanggup Farish meneruskan perbualan tentang perkara yang menyedihkan hatinya. Abangnya akan berkahwin dengan Aleeya Azreen. Walau Aleeya jauh di mata, namun cintanya pada gadis itu semakin bersemi dalam hatinya. Farish terpaksa bohong sunat dengan menggunakan alasan peperiksaan. Dia tidak pasti apa yang bakal terjadi pada dirinya tatkala melihat sepasang merpati sejoli itu duduk bersanding di atas pelamin. Dia akan cuba menerima takdir yang telah ditentukan ini dan menerima Aleeya sebagai kakak iparnya. 

BAB 7
            Hari yang dinanti tiba jua. Bunyi kompang bertalu memenuhi ruang lobi Dewan Sri Tanjung. Kelihatan sepasang pengantin segak cantik berpakaian serba biru berarak memasuki ruang dewan. Para jemputan tersenyum dan ada segelintir bagaikan memuji pasangan sepadan tersebut. Sungguh meriah majlis itu!
            Walau gelak tawa mengiringi majlis, namun ada tangisan di hujung hati milik seseorang di sebalik pohon cemara. Farish menyembunyikan dirinya. Dia hanya merenung pengantin dari jarak jauh. Tidak berapa jelas wajah pengantin perempuan.
            ‘Aleeya, semoga awak bahagia dengan cinta hati awak…Kita tumpang bahagia jua…’ bisik hati Farish.  
            Tiada sesiapapun yang perasan akan kehadiran Farish di situ. Hanya sepasang mata sedang curiga akan kewujudan sekujur tubuh di pohon cemara itu. Tanpa berlengah dia menapak ke arah belakang Farish. Dia tidak mahu berlaku kejadian yang tidak dingini di majlis Abang Firhan.
            Papp…Aleeya memukul kepala Farish dengan kayu…
            “Adoi, sakitnya!” jerit kecil Farish.
            Aleeya seakan mengenali suara itu. Farish memalingkan mukanya ke arah belakang.
            “Farish?”
            “Aleeya? Buat apa awak kat sini?” musykil Farish melihat Aleeya di situ.
            Dua-dua terdiam membisu. Masing-masing berkata dalam hati. Tak terluah rasa rindu mereka. Hanya mata yang berbicara segalanya.
            “Hahahaha…” ketawa mereka berdua memecah suasana. Hilang rasa sakit di kepala Farish. Mereka berdua melangkah menuju dewan. Tidak sabar rasanya ingin berjumpa kakak iparnya.
            “Abang Firhan, tengoklah siapa yang datang…orang jauh tu..” kata Aleeya pada pengantin lelaki.
            “Farish? Ingatkan tak nak balik! Adik abang ni nak buat kejutan rupanya ya. Mari abang kenalkan isteri abang,” ajak Firhan lalu membawa Farish berjumpa dengan isterinya.
            “Sayang…kenalkan ni satu-satunya adik abang yang paling nakal hehe…Ammar Farish,” pengantin perempuan tersenyum. Cantik!
            “Ini isteri abang, Nur Maisara…Yang abang pernah ceritakan dulu semasa abang belajar di UK.” Jelas Firhan pada Farish.
            Pertemuan yang tidak terduga antara Firhan dan Maisara terjadi di suatu petang akhirnya dibawa hingga ke jinjang pelamin. Maisara adalah salah seorang client syarikat Firhan bekerja. Betul kata orang, kalau dah jodoh tak akan ke mana. Larilah merentas beberapa benua, terbanglah menjengah beberapa langit, andai tersurat ditakdirkan bersama, tetap akan bertemu kembali.
            “Awak, bila pula awak nak ikut jejak langkah Abang Firhan?” tanya Aleeya.
            “Insya-Allah lepas kita tamat belajar, kita terus kahwin! Hehe…”
            “Oh…awak dah ada seseorang yang sedang tunggu awak ya kat Rusia? Zira? Patutlah awak dah lupakan kita kat sini…” sayu hati Aleeya.
            Zira, teman sekelas Aleeya yang dulunya selalu berasa cemburu dengan hubungan Aleeya dan Farish turut melanjutkan pengajian di universiti yang sama dengan Farish atas sponsor ayahnya. Zira akui dia memang sukakan Farish di alam persekolahan tetapi setelah dia bertemu dengan ramai jejaka mat saleh di Rusia, dia berubah hati. Tambahan pula hati Farish tetap milik Aleeya.
            “Insya-Allah lepas aje kita tamat, kita terus pulang kampung dan pergi pinang Aleeya Azreen. Amacam?”
            “Awak, kita seriuslah tanya awak. Janganlah main-main!” tutur Aleeya dengan nada geram.
            “Kita pun serius cintakan awak…dah lama kita tunggu saat ni…” romantis Farish.
            “Farish, kita rindukan awak! Betul cakap awak. Sejak awak pergi, kita memang rindu awak. Kita baru sedar kita cintakan awak, bukan Abang Firhan…” ungkap Aleeya menitiskan air matanya.
            “Leeya, jangan menangis lagi ya…Kita janji kita tak akan sia-siakan cinta kita lagi. Leeya tunggu kita ya…Janji tau, budak bucuk!” Farish menarik kedua-dua belah pipi Aleeya. Janji baru sahaja terpatri di bawah pohon cemara itu, menyaksikan cinta yang bersemi…     


~No-Rulesz Has'z~
              ********************************************************************************
Cerpen ke-2 aku kat PENULISAN2U... ^_^
nie link nyer :-

PUISI : SeNYum dUkA

Andai ada jalan untukmu
Atur langkahmu dengan daya
Andai ada ruang untukmu
Kanku tempatkanmu di situ seadanya
Agar dapat kulihat seri di wajahmu
Aku melihat kamu
Riang tertawa menyambut hulur
Walau kita tak penah bertemu
Ku tau peritnya hidup yang berlalu
Senyum mesramu hanya di tepian bibir
Menjadi bayangan hati yang lara
Nur di mata bicara segalanya
Ceritalah walau hanya dari pandangan mata
Kan kuselami lautan dukamu
Kau takkan sendiri lagi
Kerna aku ada di sini
Bangkitlah oh sayangku!
Bebaskanlah belenggu jiwamu
Agar sama-sama dapat merasa
Jangan kau gentar apa yang datang
Redahlah dengan perisai dirimu
Untuk mencapai puncak hidupmu
Aku di sisi
Berkongsi duka untuk mereda luka…


PUISI : PuLau SePi



Aku terdampar di pulau nan sepi
Dihanyut sang ombak hingga ke pesisiran
Lemah tubuhku menahan dinginnya air membiru
Di kala yang hening senja
Terdengar kicauan burung pulang ke sarang
Tiada teman di sisi jauhku terasing di sini

Kian larut dibayangi kelam malam
Hanya bintang bulan saksikan diriku
Hanya desiran pantai berlagu di gegendang
Hanya dedaunan liuk melambai ucap selamat malam
Berdarahnya hatiku hingga terpukul jiwaku ke mari
Hilangnya fikirku membawa akalku melayang
Maraknya unggun menghangatkan tubuh kerdilku
Tapi sayang…
Kasihmu yang kuharapkan
Tiada lagi marak yang menyengat hatiku…

Ku lihat indahnya ciptaanNya yang terbentang
Walau gelap dipandang mata kasar
Masih jelas kulihat dari mata hati
Ku rangkul erat diriku
Bayu sendu yang menyapa mengkhayalkanku
Jauh terimbau ceritera semalam
Hingga menyesakkan nafas seketika
Menghentikan nadiku yang mengalir
Tika aku kehilangan cintamu…

Kadang-kadang aku rasakan damai
Sendirian lewati sisa-sisa hariku di pulau terpencil ini
Tiada lagi dirimu yang asyik sakiti aku
Namun bagaimana hati mahu berbohong
Yang perlukan cintamu untuk bebaskan aku dari kesepian ini
Yang akan bawaku pulang temukan cintaku semula

Itu semua hanyalah sebuah harapan palsu
Rintih aku sendiri menghitung detik
Nantikan dikau yang tak akan mencari
Kerana sememangnya aku terlelap dari hidupmu
Lalu terjaga aku terdampar di pulau sepi ini…

Sunday, January 30, 2011

PERTANDINGAN MUTIARA CINTA lagikkk!

Brother Love anjurkan lagik Pertandingan Mutiara Cinta dlm FB nyer...
tapi aritu pemenang yg terpilih mutiara cintanya dijadikan ebook Koleksi 125 Mutiara Cinta...
tapi contest kali ni lain lak surprisenyer...
1st stage ~ Top 20
2nd stage ~ Top 10
3rd stage ~ Top 5 jer...


N Alhamdulillah...aku berjaya hingga Top 5! \(^_^)/


Aku hantar 3 mutiara cinta jer kali ni...

MUTIARA CINTA 1 : "Sayang...izinkan aku berlayar jauh ke lautan cinta,
                                                   untuk kujejaki hatiku di sana,
                                                   biarpun hingga ke hujung dunia..."
                                                 "Sayang...izinkan aku berlabuh jauh di dasar hatimu,
                                                  kerana kuingin temani hidupmu,
                                                  hingga ke akhir waktu..."


MUTIARA CINTA 2 : "Seandainya cinta menjadi kenangan,
                                                   Anggaplah kenangan satu pengalaman,
                                                   Kerana pengalaman adalah sebuah kehidupan..."


MUTIARA CINTA 3 : "Janganlah ditangisi lagi cinta yang pergi...
                                                     Senyumlah semanisnya pada cinta yang hadir kini..."


Dan Alhamdulillah lagik sekali sbb di antara Top 5 tuh aku terpilih as a WINNER!
Dan sekaligus aku jadik Penulis eBook pertama bawah Company Brother Love tuh... =D
tapi sayangnyer....smpai saat ni aku lom sempat siapkan ebook tersebut...
entah2 dah melepas can aku huhuhu T_T


Tengokla link nie :-
http://www.bestbetul.com/

Saturday, January 29, 2011

CERPEN : Vanilla vs Strawberi

BAB 1

            “Encik, sini ada kerja kosong?”

            Izani memandang aku dari atas ke bawah lalu menjawab, “Awak boleh kerja kat sini ke? Tengok gaya macam tak boleh aje kerja-kerja macam ni…tak sesuai dengan awak…”

            Terpana aku mendengar kata-kata perli dan senyum sinis mamat tersebut. Mentang-mentanglah aku mengenakan sepasang kebaya labuh, sepasang kasut bertumit tinggi, wajahku dirias sedikit dengan warna-warni make up. Perghh macam model sekali pandang. Dua kali pandang macam siapa ya…eh mestilah ini aku! Hehe…

            “Emm encik jangan pandang saya rendah tau. Belum kenal belum tahu. Bila dah tahu nanti, siap tabik spring lagi encik pada saya tau…Encik, saya serius ni. Kalau ada kerja kosong, encik boleh interview saya sekarang juga. Saya dah bersedia ni.”

            “Jangan haraplah saya nak bagi tabik spring pada awak, lebih baik saya bagi spring buruk yang tersadai kat belakang rumah saya, nak?!”

            Eh menyampahnya mamat ni! Aku datang sini nak cari kerja, bukannya nak cari pasal. Memandangkan mamat spring ini adalah pengurus Chinta Café, terpaksalah aku bertahan seketika. Aku harus sabar!

            “Oh belajar lagi rupanya…Cik adik, belajar pun tak habis lagi ada hati nak cari kerja ya…Dah ada peluang belajar sampai universiti, gunalah baik-baik. Saya tak nak bila awak kerja, awak dah pegang duit sendiri, mood belajar awak makin hilang. Lepas tu, awak tak score, awak tak dapat habiskan pengajian awak, kemudian awak cari jantan kaya, terus kahwin! Itupun kalau ada yang nak awaklah, kan…emm bayangkan kalau awak cuma kahwin dengan orang biasa aje, miskin, nak tanggung awak pun tak mampu, kesian awak..isk..isk..itupun kalau ada yang nak awaklah. Kalau tak ada, tak kahwinlah gamaknya. Awak kerja kat sini sampai dah berkedut. Kesian awak, kan…”

            Ewah-ewah suka hati dia aje nak bagi telinga aku ini bernanah. Aku kahwin ke aku tak kahwin ke orang tak nak aku ke, apa dia kisah? Tak ada kaitan langsung pun hidup aku dengan dia. Astagfirullahalazim…bawa mengucap Ann…Kalau rasa geram aku ni tersembul keluar dari mulut comel ni, alamatnya say goodbye to Chinta Café ajelah. Lantas aku ukirkan senyuman manisku padanya.

            “Apa senyum-senyum? Jangan ingat dengan senyum ‘sumbing’ awak tu, awak diterima kerja kat sini tau. Awak dah ada teman istimewa belum?”

            Aku kehairanan. “Encik, penting ke saya jawab soalan tu? Boleh saya tahu perkaitan antara soalan encik tadi dengan kerja kat sini?”

            “Emm…penting! Sebabnya bila awak ada boyfriend, awak tak dapat nak fokus pada kerja awak sepenuhnya. Mana tidaknya, asyik berkepit aje dengan handphone. Sikit-sikit nak kena buat laporan ringkas. Lepas tu, bila boyfriend awak datang sini konon rindukan girlfriend kesayangannya ni, mulalah awak tersenyum sana tersenyum sini, main jeling-jeling mata pula tu. Eiii tak kuasa! Tolonglah! Bukan tu aje, pandai buat ‘cuti’ sendiri, katanya sakit matalah, sakit jiwalah, padahal berjiwang-jiwang pergi dating dengan boyfriend awak. Sekarang dah faham?!”

            Aku mengangguk laju-laju menandakan faham dengan penerangan mamat tersebut. Tiada masalah bagi aku. Aku tersenyum lagi.

            “Ehem…apa awak buat ni? Kalau nak bercinta pun, janganlah kat Chinta Café ni..hihi…”

            “Sorry bos. Bukan bercinta bos. Kalau bercinta pun, tak mahulah saya dengan minah senget ni.”
            “Bos? Oh maknanya saya kena tipu hidup-hiduplah ni ya? Kuang asam keping betul! Kau tunggulah!” aku berbisik halus di sisi mamat yang menyamar menjadi pengurus di situ. Tak lupa aku hadiahkan satu jelingan tajam pada penipu itu.

            “Encik, sebenarnya saya datang sini nak cari kerja untuk sementara aje. Sekadar mengisi masa cuti semester saya selama tiga bulan ni. Emm ‘bertuah’ sungguh saya dapat bertemu dengan pekerja encik ni. Susah nak jumpa lelaki yang berhati baik macam dia. Siap tolong encik interview saya lagi.”

            “Laa ye ke? Izani ni bukan sahaja seorang lelaki yang baik hati, malah dia seorang pekerja yang berdedikasi, yang sungguh komited dan yang paling penting sikap jujurnya, kan Iz? Baiklah Cik…?”

            “Raihana…”

            “Oh baiklah Cik Raihana. Biar saya terangkan serba ringkas pada Cik Raihana. Café aiskrim ni sebenarnya memang memerlukan pekerja lagi, terutamanya pekerja wanita. Bidang kerja di café ni terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, bahagian outdoor iaitu melayan pelanggan, mengambil dan menghantar pesanan dan yang seerti dengannya. Kira bahagian customer service lah. Manakala yang kedua, iaitu bahagian indoor yang membabitkan kerja-kerja seperti menyiapkan pesanan pelanggan dine-in dan take away, sebagai cashier, dan juga sebagai dishwasher. Biasanya, sesiapa yang baru mula bekerja memang kita akan tugaskan dia menjaga bahagian outdoor, kemudian bila kita puas hati dengan performance kerja dia, baru kita serap dia untuk in-charge bahagian indoor. Setakat ini, itu sahaja yang saya perlu terangkan pada Cik Raihana. So, macam mana? Setuju nak kerja di sini?”

            “Faham, encik. Insya-allah saya akan buat yang terbaik. Saya akan buktikan saya boleh bekerja di sini. Bagi saya, pengalaman tu lebih berharga. Saya tak akan sesekali lepaskan begitu aje.”

            “Baguslah kalau macam tu. Awak boleh mulakan kerja minggu depan ya.”

            “Terima kasih Encik Mokhtar kerana bagi saya peluang sebegini.”

            Sebelum aku melangkah keluar dari Chinta Café, sempat lagi aku mengenyitkan mata kiriku pada mamat spring tu. Mulai minggu depan, aku kena bersiap sedia untuk mengadap muka dia saban hari. Tak apalah. Yang penting aku dah dapat kerja. Yahoo!!

BAB 2

            Sudah dua minggu berlalu…aku semakin serasi dengan kerjaku kini, tapi aku masih tak serasi lagi dengan Izani, mamat spring itu. Ada sahaja idea dia untuk membuli aku. Tak sah kalau sehari tak ‘kerjakan’ aku. Isk ada juga orang macam ni. Kesian rasanya sesiapa yang menjadi teman istimewanya, apatah lagi isterinya.

            “Hei, tu dok buat apa tercegat macam mak guard aje? Kan aku suruh kau pergi stor ambil stok aiskrim vanilla? Dahlah pergi stor aje pun berjam-jam…”

            “Erk? Sorry…aku pergi sekarang! Kau kira sampai seratus tau!”

            Aku menolak troli barang menuju ke bilik stor yang terletak di tingkat 1 pusat membeli-belah tersebut. Semasa aku mula bekerja di cafe, aku agak takut apabila disuruh pergi stor tersebut seorang diri. Keadaan kawasan bilik stor agak sunyi, tambahan pula menjadi tempat pekerja-pekerja kedai lain duduk melepak sambil menghembus ‘udara busuk’ itu. Berkepul-kepul asap di ruang itu membuatkan tekakku berasa loya dan baju uniform putih aku berbau rokok.

             “Mak oi beratnya bucket aiskrim ni. Boleh masuk hospital macam ni kalau hari-hari kena angkut…”

            Sedang aku membebel, tiba-tiba bilik stor tersebut menjadi gelap!
Black out ke? Macam mana ni? Apa aku nak buat? Gelap-gelita ni tak nampak apa-apa…Ya Allah, peliharalah aku…”

Aku menolak troli tadi yang berisi bucket aiskrim vanilla dengan berhati-hati menuju ke pintu keluar. Aku memulas tombol pintu. Erk? Aku cuba membuka pintu tersebut beberapa kali tetapi sia-sia. Berpeluh-peluh tubuhku walaupun bilik itu dilengkapi dengan penghawa dingin. Aku cuba lagi mengetuk pintu berulang kali dan berharap ada seseorang yang kebetulan lalu di situ mendengar jeritan dan ketukan pintuku. Namun, nasib tidak menyebelahi aku. Aku terduduk di muka pintu. Fikiranku ligat memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada situasi ini. Tanpa disedari, kelopak mataku semakin lama semakin tertutup. Dan akhirnya mimpi mengiringi lenaku…

Setengah jam kemudian, aku terjaga dari tidurku. Aku cuba memulas sekali lagi tombol pintu. Berjaya! Baru aku sedar, segugus kunci stor tiada padaku. Tanpa berlengah, terus aku meluru ke Chinta Café…

“Bukan seratus aje aku kira, sampai berjuta sudah. Lain kali nak curi tulang ajak aku sama, jangan curi sorang-sorang aje. Emm curi tulang ke curi aiskrim cik adik?”

“Sebenarnya…tadi…aku…”

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, aku ternampak sesuatu di poket apron Izani. Kunci stor! Pasti!

“Sebenarnya aku bukan curi tulang, tapi orang yang nak curi aku. Siap kurung aku lagi. aku rileks aje. Kalau ikutkan tak ada niat pun nak curi tulang ke curi aiskrim ke, tapi memandangkan peluang baik punya, aku siap boleh makan-makan aiskrim dalam tu, lepas tu apa lagi, tidurrrrr…sepatutnya aku nak ucapkan terima kasihlah kat orang tu bagi aku peluang macam tu…emm thanks ya!”

BAB 3

Keadaan di Chinta Café semakin sibuk. Tambahan pula, musim cuti sekolah sudah tiba. Tak menang tangan dan kaki dibuatnya. Terkejar sana terkejar sini sampai perut pun asyik berbunyi minta diisi. Walau penat macam mana pun, muka haruslah ceria dan senyum di hadapan pelanggan. Itu etika kerja. Tetapi ada sesuatu kepelikan berlaku sejak akhir-akhir ini iaitu tingkah Izani padaku. Cukup berbeza. Aku tidak lagi dibuli, tidak lagi diperli, kata-katanya jua elok tersusun dan diselitkan lawak jenaka. Aku tenang acapkali melihat sepasang mata dan seukir senyuman milik jejaka itu. Oh tidak mungkin!

“Ann dah makan? Kalau belum, Iz nak tolong pergi ‘tapau’kan ni. Ann nak makan apa ya?”

“Kenapa tanya…nak belanja Ann ya? Emm boleh juga. Ann nak nasi goreng kampung, tambah telur mata kerbau, emm nak pedas-pedas, lepas tu nak sup kosong, sebab kadang-kadang ada kedai makan yang kedekut sup, jangan lupa tambah cili potong kicap tu tau. Ann nak air Nescafe ais ok!”

“Aik, mana dia pergi ni? Aku cakap sorang-sorang ke tadi? haisyh…”

Selang beberapa minit kemudian, Izani kembali ke café dengan tangan kosong. Aku memandang muka selamba Izani.

“Makcik kedai tu cakap nak nasi goreng kampung, pergi balik kampung. Lepas tu telur mata kerbau, kena minta kat kerbau. Sebab makcik tu cuma ada mata sendiri aje. Nak pedas, pergi singgah pekan Pedas. Lepas tu makcik tu memang kedekut sup. Ni Iz ada beli cili hijau ni tadi, ambillah. Cukup untuk isi perut tu. Air Nescafe tak ada, air Chinta Café adalah. Hihi…”

Suhu api aku yang naik mendadak hingga 100 darjah celcius tidak dihiraukannya. Izani melangkah masuk ke bilik kecil di belakang café. Arghhh!! Geramnya aku!! Memandangkan ada Ray di kaunter bayaran, membolehkan aku pergi ke ladies. Aku membasuh mukaku sambil menenangkan hati yang membara ini.

Sekembalinya dari bilik air, aku terus menuju ke bilik kecil itu untuk touch up mukaku. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat hiasan dan hidangan di atas meja bulat yang terdapat di dalam bilik tersebut. Nasi goreng kampung seperti yang dipesan elok terhidang di atas meja, café latte kegemaranku turut tersedia. Diukir buih susu yang berbentuk love atas latte itu.  Dua biji telur mata kerbau dibentukkan menjadi sepasang mata manakala cili potong disusun menjadi mulut.  Emm ada tiga kuntum bunga ros pink di tengah-tengah meja bulat itu dan diselitkan dengan sekeping nota ringkas yang berbunyi,

Sayang, selamat hari jadi ya…khas untuk sayang…sayang dah tak marah Iz kan
enjoy your meal my dear…

Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Raihana, happy birthday to you…cepat tiup lilin ni. Karang tak sempat pula nak makan kek aiskrim ni…habis melayang duit untuk kek ni tau..ganti balik”

Terkedu aku seketika. Aku bagaikan di awang-awangan dengan apa yang berlaku ini. Ada satu aje persoalan yang bermain di otakku…

SAYANG???

BAB 4

Aku masih bekerja di Chinta Café walaupun semester sudah dibuka. Memandangkan tahun ini tahun terakhir pengajianku di universiti, aku kena bijak membahagikan masa antara belajar, kerja dan cinta. Cinta? Risiko besar yang aku telah ambil dalam hidupku. Namun, aku percaya akan diriku. Jangan sesekali menuduh cinta sebagai sebab utama sesuatu kegagalan dalam belajar, tetapi kita sebenarnya yang bersalah kerana tidak bijak mengawal situasi cinta itu…

Hampir setiap malam selepas habis waktu bekerja, Izani membawa aku keluar makan, tengok wayang, bersiar-siar menikmati keindahan malam. Cinta sedang hangatlah katakan. Tak tidur malam pun tak apa, yang penting dapat bersama yang tersayang kan

“Ann, Iz nak tanya sikit boleh?”

“Tanya apa Iz? Beribu soalan pun Ann sanggup jawab…”

“Ann betul tak ada boyfriend?”

“Iz, kalau Ann dah ada seseorang, mesti Ann dok berkepit dengan handphone setiap saat kan. Lepas tu, mesti boyfriend Ann pernah datang café kita sebab rindukan Ann, main-main mata dengan Ann, betul tak? Lagipun, cukuplah ada seorang mamat tu kan selalu dok tengok-tengok Ann tau, dok senyum-senyum, main-main mata dengan Ann…”

“Erk? Siapa? Ann tak pernah cerita pun kat Iz. Kalau Iz tahu, dah lama Iz bagi makan penampar Iz ni kat mamat tak sedar diri tu tau.”

 “Ok, Iz angkat tangan kanan, lepas tu Iz bagi penampar kat muka Iz…Haha”

 Gelak tawa kami berdua memecah kesunyian malam. Bahagianya kurasa. Setelah setahun aku bersendirian, dikecewakan oleh cinta pertamaku. Cinta pertama hanyalah sebagai kenangan lama. Cinta kini kujadikan sebagai kehidupan baruku.

 “Ann, Ann sayang Iz banyak mana ya?”

 “Erk? Perlu ke tau? Emm…banyak mana ya…entah! Tak boleh jawablah Iz…lain kalilah ya. Iz, Ann peliklah. Masa awal Ann bekerja kat café tu, Iz layan Ann buruk sangat tau. Tapi makin lama Ann kat situ, Iz makin baik dengan Ann, jaga Ann. Ann dah jatuh cinta dengan Ann ya? Hihi. Ann nak tahu boleh, bila Iz tangkap lentok dengan Ann…”

“Oo…sebenarnya  kan…Entah! Iz tak boleh jawablah sayang…tak sedar pun. Tiba-tiba aje semua tu berubah sekelip mata…”

“Tapi kenapa mesti Ann? Kan ramai lagi perempuan lain. Saban hari Iz jumpa pelanggan-pelanggan wanita yang cantik, yang hot and spicy, seksi meletup, daring, jauh berbeza dengan diri Ann ni…”

“Sebabnya semua perempuan tu bukanlah Siti Raihana Ramli!”

Ouuchh! Hidung mancungku dipicit pantas. Aku tersenyum dan puas hati dengan jawapan Izani sebentar tadi. Kuharapkan sang Mentari yang muncul di siang hari terus memberikan sinar harapan, si Rembulan hadir di kala malam untuk mendengar suara agar esok masih ada sinar itu…

“Sayang, sayang boleh janji sesuatu?”

“Janji? Janji apa Iz?”

“Sayang janji sayang kena habiskan pelajaran sayang, lepas tu sayang cari kerja bagus-bagus tau. Iz tak nak tengok sayang jadi seperti Iz yang hanya penjual aiskrim ni. Bila kita ada ilmu, baru orang akan pandang kita, dengar cakap kita. Faham? Sayang mesti malu ada teman lelaki seperti Iz ni kan…”

Aku terus mengangkat tangan kanan seolah-olah berikrar, “Ann berjanji akan berusaha dan belajar bersungguh-sungguh hingga ke titisan terakhir. Ann juga berjanji pada diri Ann bahawasanya cinta Ann pada Iz tidak akan luntur walaupun Iz adalah penjual aiskrim! Ok tak? Hihi…”

“Bagus…Iz ada lagi satu permintaan dan sayang kena berjanji juga boleh?”

“Kenapa asyik berjanji aje malam ni? Macam dah tak ada hari esok, lusa pula, hehe…”

“Emm sayang janji tau, bila tiba-tiba Iz tak ada depan mata sayang, sayang jangan lupakan setiap detik cinta kita ya. Cinta yang bermula di Chinta Café hinggalah berakhir di Chinta Café juga. Bila sayang terasa rindu dengan Iz, sayang ambil aiskrim kesukaan sayang perisa vanilla tu, lepas tu sayang gabungkan dengan aiskrim strawberi yang Iz suka tu, lepas tu sayang makan aiskrim tu tau. Mesti sayang rasa seperti sedang makan aiskrim dengan Iz.”

 Aku yang sememangnya sedang menikmati kelazatan aiskrim vanilla tersentap dengan kata-kata Izani. Izani menuturkan katanya itu sambil menggabungkan aiskrim vanillaku dan aiskrim strawberinya dan kemudian menyuapkan aiskrim tersebut ke dalam mulutku. Sedap!

“Erk? Chop!! Apa Iz cakap ni? Ann tak fahamlah. Hihi. Iz nak pergi mana pula? Tiba-tiba aje cakap macam ni…”

“Emm tak ada apa-apalah sayang…entah apa Iz mengarut malam-malam buta ni…hehe..Dah habis makan dah? Jom kita balik. Dah pukul berapa dah ni…”

“Jom!”

BAB 5

Aku semakin sibuk dengan pelajaranku. Almaklumlah peperiksaan akhir semester semakin hampir. Tambahan pula aku juga bertungkus lumus menyiapkan projek akhir tahun aku. Aku meminta kelonggaran dari Encik Mokhtar, pengurus Chinta Cafe berkaitan dengan kerjaku. Alhamdulillah, beliau begitu faham akan keadaanku sekarang.

Izani? Hubungan kami berdua masih sama, cuma kami jarang bertemu seperti selalu. Kadang-kadang bila aku terasa lapar di tengah malam, Iz akan menjemput aku keluar makan, paling tidak pun dia akan menghantar makanan untukku. Aku bersyukur Iz amat memahami aku. Iz sentiasa memberi semangat untukku kerana dia mahu aku berjaya. Iz tak mahu melihat aku menjadi sepertinya.

Sayang…study? Ke sayang tidur ni? Isk budak ni…

Mesej masuk membuatkan aku terjaga. Aku tersenyum. Mana dia tau aku tidur ni. Hehe. Kantoi! Aku cepat-cepat membalas mesej Izani.

Mana ada! Ann tengah study ni…Ann tak tipu Iz.

Bunyi beep handphone menandakan mesej masuk lagi.

Iz tak kisah sayang tipu Iz ke tak, apa yang penting sayang kena ingat tau…
sayang yang akan jawab soalan exam…bukan Iz…

Alamak! Betul juga tu. Aku nak exam esok. Mana boleh tipu orang, nanti tak boleh jawab soalan pula.

Sorry Iz…Ann memang tertidur tadi. Ngantuk sangat. Huhu…

Aku bangun dari pembaringanku lalu menuju ke bilik air. Aku mengambil wuduk untuk menyegarkan tubuhku. Sekembalinya aku, bunyi mesej masuk kedengaran.

Tengok tu…dah tidur tadi kan…sekarang sambung study tau. Jangan lupa buat Nescafe panas.
Good luck esok sayang! Buat yang terbaik ok! Selamat malam sayang…

Sepanjang dua minggu peperiksaan berlangsung, Alhamdulillah aku dapat melaluinya dengan tenang. Semua subjek yang aku ambil, aku dapat menjawabnya. Dan aku tidak lupa bertawakal padaNya. Aku dah buat dan cuba yang terbaik. Semoga kejayaan menjadi milikku. Tidak sabar rasanya untuk memegang segulung ijazah dan berkongsi kegembiraan bersama mak ayahku, ahli keluargaku, dan tidak lupa juga bersama cinta hatiku, Izani. Izani pernah memberitahu bahawa dia teringin melihat aku berpakaian jubah konvokesyen sambil memegang ijazahku dan bergambar dengannya.

Setelah tamat menjawab kertas peperiksaan terakhir, aku terus menuju ke bus stop. Rasa rinduku pada Izani tidak terkawal lagi. Aku ingin membuat surprise padanya, aku pergi berjumpa dengannya yang sedang bekerja di Chinta Café. Izani tersenyum sebaik sahaja melihat kehadiranku. Oh Tuhan…aku terlalu cintakannya. Terima kasih kerana Kau pertemukan aku dengan lelaki sepertinya…

BAB 6

Yeahhh!! Aku berjaya! Keputusan peperiksaanku sudah keluar. Aku berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah syukur padaNya…

“Hello Iz. Ann berjaya Iz. Ann dapat lulus cemerlang tau. Iz kena belanja Ann ni. Hehe…”

“Wah, tahniah sayang! Iz tau sayang mesti boleh punya kan. Ok setakat belanja makan aje, tak ada hal punya. Sayang tunggu Iz tau. Iz pergi jemput sayang sekarang. Sayang jangan lupa bawa keputusan sayang tu tau. Iz nak tengok. Kena ada bukti, baru Iz belanja.”

“Hah? Bukti? Iz tak percayakan Ann ya? Tapi tak apalah, yang penting Ann tak tipu Iz tau. Ok Ann tunggu kat kolej. Cepat sikit ya. Bye.”

Satu jam kemudian…

“Hello, Cik Raihana. Saya dari Hospital Seri Indah. Saya ingin memaklumkan pada cik bahawa kawan cik, Muhd Izani Izham telah terlibat dalam kemalangan sebentar tadi. Dan maaf, kami tak sempat menyelamatkan nyawa Encik Izani. Tuhan lebih sayangkan dia...”

Ya Allah! Apakah semua ini? Aku baru sahaja menerima berita gembira dan sekarang pula…tanpa berlengah, aku terus menuju ke Hospital Seri Indah ditemani teman sebilikku. Sampai sahaja aku di sana, aku diberi kebenaran melihat Izani. Bukan! Jasad Izani yang sudah berpisah dengan rohnya.

“Iz, Ann bawa bukti keputusan Ann. Iz tengoklah, Iz. Kan tadi Iz yang suruh Ann bawa sekali…Iz, Ann nak berkongsi kegembiraan Ann ni dengan Iz, bukannya nak berkongsi kesedihan…Kenapa Iz tinggalkan Ann…”

Teresak-esak aku menangis di sisi mayat Izani sambil memegang slip keputusan peperiksaanku. Aku dapat melihat Izani bagaikan tersenyum. Tetapi itu hanyalah khayalanku sahaja. Aku bertambah pilu apabila Dr. Azihan memberikan sesuatu padaku yang ditemui bersama Izani semasa kemalangan tersebut. Satu bungkusan coklat yang berisi satu pint aiskrim. Separuh pint diisi dengan aiskrim vanilla dan separuh lagi perisa strawberi. Aku semakin menahan sendu. Tiga kuntum ros merah yang sudah terlerai beberapa kelopaknya dan sekeping kad aku terima.

Assalamualaikum sayang…

            Tahniah atas kejayaan sayang. Iz minta maaf kalau Iz tak sempat tengok muka gembira sayang. Tapi Iz nak sayang tau, Iz bangga dengan sayang. Atas kejayaan sayang tu, Iz ‘hadiah’kan bukti cinta kita, aiskrim ni beserta ros merah. Semoga cinta kita tak akan luput di hati sayang. Untuk pengetahuan sayang, Iz cintakan sayang sejak pertama kali Iz melihat sayang. Love you sayang ever and ever…thank you for being such a wonderful girl in my life…

Strawberi Chinta Café,
Izani

Dua tahun sudah berlalu…

Aku sedang menikmati aiskrim vanilla bercampur dengan perisa strawberi di Chinta Café. Itu sudah menjadi sebahagian daripada hidupku. Setiap kali aku merinduinya, aku pasti ke mari memakan aiskrim ini. Air mataku pasti menitis. Oh Tuhan…aku terlalu rindukannya…

Iz, Ann dah makan dah bahagian vanilla ni. Ann tinggalkan bahagian strawberi ni untuk Iz tau. Iz kena habiskan tau…

Aku berlalu pergi…tinggalkan kenangan aku bersama Izani di Chinta Café…

***********************************************************************************

Cerpen pertama yg aku hantar kat PENULISAN2U...
Alhamdulillah sambutan pembaca pun menggalakkan sgt2 hikhik...