~segala rasa itu adalah anugerah...hingga tercetusnya ilham~

Tuesday, September 6, 2011

Bisikan Hatiku Buatmu Ibu

Terima kasih Ya Rabbi…Telah Kau kurniakan seorang wanita terhebat
Yang mengendong aku walau tika hujan lebat
Tanpa lelah, penuh daya keringat
Di sisi aku sebagai pembakar semangat
Di setiap langkahku, walau tika panas menyengat

Dialah wanita inspirasi
Istimewa untuknya kutujukan puisi
Kasihnya bak air sungai yang mengalir dingin
Tak pernah putus biar bongkah menghalang
Pelukan hangatnya merangkul aku dalam dingin
Biar lepas dari bahunya masih terasa sayang

Ku tahu…
Diammu bukan bererti setuju
Tegurmu bukan bererti tak mahu
Tetapi aku yang tak cukup mengerti
Kenalimu dengan kerasnya hati
Petah melawan cuba tegarkan diri
Tanpa memikirkan dirimu yg bisa terguris…

Maafkan aku…
Aku tak alah tunjukkan kasihku
Namun aku butuh kasihmu
Aku tak alah katakan sayangku
Namun aku hargai sayangmu
Aku hanya bisa menatap wajah usiamu tika lena tidur
Aku hanya bisa terbayang senyummu tika rindu
Aku hanya bisa terngiang suaramu, amarahmu tika aku perlukanmu
Hingga bayangmu sering hadir dalam mimpi-mimpiku…

Ku bermohon padaNya…
Pohon kasih tak ternilai untukmu ibu…
Ku menadah padaNya…
Agar bunga rinduku sentiasa mekar dalam ciumanmu ibu…
Ku berpinta padaNya jua…
Agar langkahmu dijaga, agar hidupmu terpelihara, ibu…
Biar jauh di mata, dengarlah ibu…
Aku mahu bisikkan sesuatu…
Hanya dirimu di hatiku, ibu...

Tuesday, August 23, 2011

SALAM LEBARAN 2011

Monday, July 25, 2011

Andai JodohNYA...

*Sinar CintaMU*

Monday, April 25, 2011

CERPEN 4 : CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI

BAB 1
           
Pekerja-pekerja Butik Pengantin Sooraya kelihatan sibuk menguruskan pelanggan masing-masing yang datang dari merata tempat. Ada pasangan yang bakal bertunang dan ada juga pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan.

“OUCHH!!!” Aku terjerit kecil tatkala bahuku terlanggar seseorang.

“Oppss! Sorry! Tak sengaja…Sedara tak apa-apa?” Tanya wanita itu seakan terkejut.

Erk? Aku terpanah! Dug dag dug dag jantungku berdegup maha pantas. Aku cuba menelan air liur yang tersekat di halkumku. Renungan itu bagaikan menusuk terus ke dasar hatiku. Ya Allah, apakah yang kurasakan tika ini??? Memang tak patut!!

“Sayang…kenapa ni? Sayang kenal ke mamat ni?” Seorang lelaki berkulit hitam manis muncul di sisi wanita itu. Mungkin boyfriend, mungkin tunang, mungkin juga suaminya???

“Oh maaflah…saya Aizat. Saya tak sengaja terlanggar tunang awak tadi.” Aku hulurkan salam perkenalan lantas meminta maaf atas insiden tadi. Eh tetapi bukan ke wanita itu yang melanggarnya? Ermm…tak apalah mengalah demi seorang wanita. Tambahan pula tatkala terpandang wanita itu yang sedang tersenyum. 

“Hai, saya Najib. Sebenarnya kami belum bertunang lagi. Baru nak survey untuk majlis pertunangan tak lama lagi. Aizat datang sorang aje ke? Mana pasangan?” Ramah lelaki itu sambil matanya melilau mencari-cari seseorang yang boleh disepadankan sebagai pasangan Aizat. Memandai aje!

Halamak! Hampir terlupa! Aku datang sini pun sebab nak uruskan majlis aku dengan awek aku. Fuh nasib baik Aiza sedang membelek-belek potret album milik butik pengantin itu tanpa menyedari insiden perlanggaran sebentar tadi.

“Tu hah bakal tunang saya, yang pakai blouse biru, tudung putih kat meja bulat tu. Biasalah kalau dah namanya pompuan, mesti lama nak buat pilihan kan…kalau boleh nak yang paling cun hehe…itu baru bertunang, belum lagi kahwin…” Gelak aku berpadu dengan Najib. Namun, aku sempat mengerling pada wanita yang membuat hatiku tak keruan dalam beberapa saat.

“Oklah Aizat. Kami pun dah nak pulang ni. Lain kali kalau diizinkan, kita jumpa lagi ek…Insya-Allah…” Najib meminta izin untuk pulang.

“Ok. Jemputlah datang ke majlis saya bulan 9 ni ek...ni business card saya.” Aku mengajak pasangan tersebut.

“Oh bulan 9 gak ek? Samalah kita! Haha…”

“19hb.” Serentak aku dan Najib menyebut tarikh tersebut. Gulp! Gelak ketawa semakin kuat kedengaran.

“Jom Aiza, nanti lambat pula.” Najib mengajak wanita itu.

Aiza? Adakah satu kebetulan? Eh bukan satu aje, tapi dua kebetulan?! Persamaan tarikh majlis bertunang? Begitu juga nama wanita itu a.k.a girlfriend Najib sama dengan nama awek aku tu! Ermm…tapi tak mustahil kan…sedangkan wajah kita pun ada tujuh yang serupa di dunia ni. Apatah lagi setakat nama yang boleh jadi beratus-ratus nama serupa. Hehe. Itu pun boleh jadi isu ke? Aku kembali ke tempat Aiza ak.a awek aku tau, bukan awek Najib tadi, sementelah terlihat tangan Aiza melambai-lambai ke arahku.

“Awak, cantik tak kalau kita pakai warna ni? Kita dah peninglah nak pilih. Huhu.”

“Yang merah mak ngah ni ke? Ok kejap ek. Give me a second.” Aku terus pejamkan mataku.

“Erk? Awak buat apa ni? Kita tanya betul-betul, dia main-main pula.”

            “Syhhh…” Aku menunjukkan isyarat jari telunjuk kanan dibawa ke mulut seperti sign kat library ‘TOLONG SENYAP’.

            “Hehe…Ok dah! Cun! Sangat cun macam mak ngah kita!”

            “Awakkkkk!!! Orang seriuslah!!”

            “Aik kita seriuslah ni…dah bayangkan dah awak pakai baju ni…perfect!”

            “Laa...cakaplah awak bayangkan tadi…nakal!” Secubit rasa hinggap di lengan kiriku.

            Setelah puas memilih dan menempah sepersalinan baju, kami keluar dari butik pengantin tersebut lalu menuju ke Restoran Sinar yang terletak bertentangan dengan butik. Almaklumlah jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Perut pun dah mula berirama keroncong dari tadi. Lagu keroncong ke? Macam dah tahap jadi rock kapak aje dendangan perut aku ni…’Cinta Kristal’ kot…

            “Lepas ni kita nak pergi mana pula ek?”

            “Jom kita pergi cari pasal nak tak?”

            Secubit rasa lagi hinggap di lengan kananku pula. Hambik kau!

            “Sedapnya awak cubit-cubit manja…” hidung mancungnya aku picit.

            “Barang-barang hantaran tak perlu risau dah. Tinggal lagi 20 peratus aje nak siapkan. Bereih!”

            “Awak buat sendiri kan…pandai ke?? Hehe” usik Aiza seakan perli.

            “Excuse me…tengok lutut la…silap haribulan kalah pompuan tau…” balas aku.

            “Hehe…kita tau awak memang terror bab-bab macam ni…sebab tu kita sayang awak sikit!”

            “Aik sikit aje? Memang tak patut…”

            Aku yang lagi tak patut tau! Boleh pula dok terbayang-bayang insiden tadi? Astaghfirullahalazim…


BAB 2

            Bertemakan gabungan warna merah dan putih, indah serinya majlis di rumah Aiza bagaikan menyambut ketibaan rombongan pihak aku. Tapi sayang, aku hanya bisa merenung agam itu dari luar pagar. Apalah agaknya yang berlaku kat dalam ek? Berdebar-debarnya hati aku ni…Moga segalanya berjalan dengan lancar. Amin…Tapi betul ke keputusan yang aku buat ni? Arghhh! Bisikan syaitan semata-mata. Kami memang saling mencintai. Kami memang dah berjanji untuk ikat setia hingga ke jinjang pelamin, hingga ke akhir hayat. Apa lagi yang harus aku risaukan?

           
“Wei, kau fikir apa tu? Sampai terkerut-kerut dahi tu. Relakslah Bro, tunang aje pun. Haha…”

            Nasib baik bestfriend aku sorang ni ada temankan aku kat sini. Satu-satunya bestfriend yang hidup dalam hidupku sejak kecil. Teman gurau, teman lepak, teman share problem, kira teman sejati sampai matilah!!

            “Alaa…kau mana tau apa yang aku rasa sekarang ni. Nanti bila turn kau hah barulah padan dengan muka kau! Risau, sedih, happy, takut, segala macam rasa datang. Waktu tulah macam ASTRO, macam-macam ada…”

            “Ermm…yelah. Tak sangka kan kau bertunang. Tak lama lagi nak kahwin dah. Nanti mesti kau tinggalkan aku. Almaklumlah dah ada teman baru…mana sempat nak layan aku ni dah…”

            “Hehe…apa tunggu lagi, jom kahwin sama-sama nak??? Kita bermadu senang sikit. 24 jam kau boleh mengadap aku. Ok tak???”

            “Oiiitt!! Gila kau! Tak pernah dibuat dek orang, lelaki berkongsi isteri.”

            “Tak pernah dibuat orang tu yang kita try buat haha…Min, aku masih siuman la…”

            Kebenarannya yang terselindung jauh di dalam benak fikiranku, sampai saat ini wajah wanita yang kulanggar di butik pengantin dua bulan yang lepas masih terbayang-bayang. Adakah itu dinamakan cinta pandang pertama? Macam mana pula dengan Aiza yang baru saja bergelar tunangku ni?

Memang tak dinafikan tempoh perkenalan antara aku dan Aiza amat singkat. Bermula dari teman biasa yang sekadar berkongsi hobi dan minat, dan kemudian timbullah bibit-bibit cinta pabila acapkali menghabiskan masa bersama. Setelah 3 bulan kami selesa berkawan lantas membuat keputusan drastik untuk bertunang. Aku tanpa menolak hanya bersetuju.

            “Jom masuk! Khairi dah buat miscall ni…maknanya kita boleh makan dah. Lapar benar perut aku ni dok menahan dari tadi.”

            “Kau ni datang sini bukan nak tengok aku bertunang kan…ingat nak melantak aje. Tak guna betul!” Getus aku.

            “Dah tu, dok tunggu kat kereta ni teman kau dari tadi. Ingat aku suka? Haha…demi kau, aku sanggup tau. So, sekarang ni aku cuma nak isi perut aje. Majlis kau kira dah settle kan.” Tersenyum kambing Min sambil mengenyitkan mata kanannya pada aku.

            Aku melangkah masuk ke ruang tamu lalu memberi salam. Kelihatan gamat sekali gelak tawa mereka. Hangat betul perbincangan mereka tentang kami berdua. Aku sememangnya kelu untuk berbicara. Lebih baik aku mendiamkan diri aje. Lagipun tak elok masuk campur perbincangan orang-orang tua ni. Hehe.

“Aizat!” Panggil Edi dari arah mini pelamin.

Oh nak bergambar rupanya. Nasib baik Edi selamatkan aku dari celah bedah. Aiza sedang bersimpuh di atas mini pelamin yang berwarna merah, lengkap berpakaian serba putih sambil tersenyum ayu. Di saat-saat terakhir, Aiza membuat keputusan untuk menukar warna baju merah yang telah dia pilih hari tu dengan warna putih salju ni. Barulah bangkit gabungan warna dekorasi merah dan putih. Bayangkan kalau Aiza tetap memakai baju berwarna merah, dilatari hiasan pelamin yang berwarna merah juga, mak oii dahsyat! Tak dapat bayangkan!

Adik-adiknya berlari keanak-anakan menarik tanganku lalu membawa aku ke sisi Aiza. Snap sana snap sini. Flash sana flash sini. Tersengih sana tersengih sini. Pose macam ni, pose macam tu. Fuhh! Macam artis pula! Hahaha…

            “Cantik awak hari ni…” aku memberikan pujian ikhlas pada wanita yang sudah bergelar tunangku ini.

            Makin merona merah pipi mulus milik Aiza. Tambahan pula warna pelamin bagaikan memantul ke wajah Aiza. Syuhaidi Photographer menggalas tugasnya dengan penuh dedikasi dan kreatif. Sampaikan aku pening nak berposing gaya tu gaya ni…Aiza pula memang suka bab-bab bergambar ni. Pantang depan kamera, beb!

            Kata putus telah diambil oleh kedua-dua belah pihak keluarga. Tarikh majlis perkahwinan sudah dipilih. Tinggal lebih kurang 5 bulan lagi berlangsungnya majlis tersebut. Fuhh confirm aku makin tak senang duduk, tak lena tidur, menyiapkan persiapan majlis. Tak apa, yang penting sekarang ni aku lapar. Haha. Cis! Kau main sedap lagi Min ni melantak kat bawah khemah tu. Memang tak ingat member langsung! 


BAB 3

            “Aizat, sejak dua menjak tiga menjak ni aku tengok ko asyik termenung aje. Pe kes bro? Selalu orang dah bertunang ni hati ceria macam Taman Botani Putrajaya. Senyum memanjang aje…kau pula lain benar fi’il kau…ceciter ceciter sikit.”

            Tersentap! Tunang? Aku adalah tunangan orang sekarang. Tak lama lagi akan bertukar status yang lebih berat lagi iaitu suami orang! Oh Tuhan…ampunkan aku…

            “Min, kalau aku buka cerita ni agak-agak pecah di mulut kau tak?”

            “Erk? Menakutkan aje…Insya-Allah macamlah kau baru kenal aku semalam…”

            “Ermm…aku sebenarnya confuse dengan perasaan aku ni, Min. Memang Aiza tu dah berpahat dalam hati aku ni selama ni. Tapi…pahat tu seolah-olah hampir rebah sebelum buat rumah…”

            “Wei, cuba kau straight to the point! Aku bab ayat-ayat berbunga ni lembap sikit, tahap aku setakat ayat-ayat berdaun aje…kadang-kadang tinggal ranting aje haha…Karang aku tersalah tafsir susah pula…”

            “Aku asyik teringat seorang pompuan ni…”

            “Chop! Maksud kau, kau ade pompuan lain ke selain Aiza? Gila kau! Biar betik!”

            Aku sekadar mengangguk lesu. Aku memang kejam! Kejam terhadap tunang aku sendiri. Kalaulah dia tau keadaan aku ni, confirm dia kecewa…

            “Ok bro, cuba story mory kat aku, siapa pompuan tu? Macam mana kau kenal? Bila kau jumpa dia?”

“Aku tak kenal…yang aku tau dia adalah milik orang lain, menjadi tunangan orang pada tarikh yang sama dengan majlis pertunangan aku lepas.”

“Wooo…memang cari nahas member aku sorang ni…cuba kau pandang aku, kau tarik nafas, hembus nafas, tarik, hembus…cerita kat aku apa sebenarnya yang terjadi ni?”

“Aku terjumpa dengan pompuan ni masa aku dan Aiza pergi ke Butik Pengantin Sooraya. Pompuan ni terlanggar aku. Bila aku tengok aje wajah dia, automatik aku rasa macam betapa indahnya dunia ni cuma ada aku dan dia aje. Sumpah aku tak tipu! Lepas tu, bakal tunang dia datang menyapa kami. Dunia yang indah tadi terus gelap gelita! Aku pun baru tersedar yang aku ke situ bersama Aiza. Kat situlah detik perkenalan secara informal dengan pasangan tu. Sampailah sekarang, aku tak tau apa yang dah terjadi antara diorang berdua…aku hanya berdoa mereka berdua bersatu hingga ke jinjang pelamin…tetapi yang menjadi kemusykilannya, aku jadi gila bayang. Setiap saat terbayangkan wajah pompuan tu.

“Oh macam tu ceritanya…Sekali tu ajelah kau jumpa dia ek? Lepas tu kau cuma boleh jumpa dia dalam lamunan kau ajelah ek?”

“Aiza…namanya Aiza sebiji dengan nama Aiza, tunang aku…”

“Aiza? Ermm kiranya nama Aiza yang kau dok conteng kat kertaslah, mejalah, bukulah, mana-mana ajelah sebenarnya milik Aiza tunangan orang tu? Bukan Aiza tunang kau sendiri? Kes parah ni bro!”

“Memang parah Min…kau kena tolong aku. Apa yang harus aku buat sekarang…”

“Aku ni bukanlah Dr Fadzilah Kamsah, bukan gak Prof Izzi mahupun Tuan Hj Hushim untuk beri nasihat pada kau. Tapi sebagai teman paling rapat kau, aku cuma boleh bagi secebis ajelah nasihat aku ni. Orang yang tiada di depan mata kau apatah lagi dalam hidup kau dan kau sendiri pun tak tahu langsung tentang hidupnya lebih baik kau lupakan aje. Kau kena persiapkan diri dengan segala dugaan yang datang dariNya. Kau pernah dengar tak, tempoh pertunangan itulah kau akan diuji maha hebat olehNya. Kau anggaplah semua ni ujian untuk kau. Kau fokuskanlah hati kau, cinta kau pada bakal isteri kau. Insya-Allah…”

“Cewahh! Dahsyat gak bila Ustaz Min berkata-kata. Erm…betul gak apa yang kau cakap tu. Nak buat apa lagi aku mengharapkan pada orang yang aku tak kenal sedangkan aku sendiri bakal berkahwin kan…”

“Hah, tau tak apa!”

“Tapi kan…”

“Tapi apa lagi bro? Kau nak aku bagi ceramah 2 jam ke? Tapi kena bayarlah…habis air liur aku karang.”

“Ceh! Dengan member pun nak berkira. Setakat air liur kau tu tak terluak pun.”

“Alamak! Nak masuk Asar dah! Tengok…aku dok bersembang dengan kau sampai tak sedar hampir terlepas Zohor.” Muhaimin melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 4.10 petang.

“Aik Ustaz pun solat lambat gak ke?”

“Nak buat macam mana, tadi ada slot ceramah setengah jam tak berbayar…”

“Hehe…terima kasih daun pandanlah Ustaz Min. Lain kali bolehlah saya jemput Ustaz lagi, free service la katakan…bukan senang nak dapat ni…”

Muhaimin melangkah pulang ke rumahnya. Sementara aku masih berteleku di taman permainan yang menjadi tempat lepak kami berdua sejak kecil. Riang ria anak-anak kecil bermain gelongsor, buaian, jongkang-jongkit. Budak-budak tak kira waktu, asalkan ada masa aje ingat nak main. Simple betul hidup diorang. Tak payah sesak-sesak otak nak fikir itu, fikir ni. Rindu pula zaman kecomelan dulu-dulu. Comelkah aku masa kecil? Alaa…budak kecil semuanya comel-comel belaka termasuklah aku. Hehe…Perasan!

Aku mendongak ke atas mengadap langit nan membiru. Wajah kasarku dihembus angin sepoi-sepoi bahasa, liuk-lentuk pohon-pohon beralun, dialas dengan kehijauan rumput, ditemani pula dengan kicauan burung-burung yang asyik berterbangan di atas sana. Sungguh indah ciptaan Allah di muka bumi ini. Subhanallah~

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Azan berkumandang memecah alam seketika. Sayu hati mendengar setiap bait yang mengajak manusia supaya segera bersolat. Aku bangun dari bangku kayu itu untuk menunaikan kewajipanku sebagai seorang Muslim.




BAB 4

            Usai solat Isyak, aku pasti mengadap laptop kesayangan aku. Dari emel, aku beralih melayan Facebook pula. Pabila bosan merajai hati, aku main google pula. Macam-macam blog aku terjah masuk. Best juga baca blog orang ni. Hehe. Tiba-tiba terdetik sesuatu. Aku terus mencari sebuah blog favourite aku yang sudah sekian lama aku tinggalkan. Tak adalah lama sangat pun, ada la dalam 2 bulan macam tu. Aku memang menjadi pengikut setia blog tersebut sejak 2 tahun yang lepas. Aku sendiri pun tak pasti apa yang istimewanya blog itu. Blog tentang hidup seseorang, perasaannya, segala rasa dilepaskan aje dalam blog itu. Pemilik blog itu sememangnya hanya bernafas dalam dunia mayanya tanpa mempamerkan sebarang identiti dirinya. Aku suka dengan caranya, tulisannya, luahannya dan akhirnya aku menjadi peminat rahsia dirinya dalam diam.

            Laman blog ‘Miss Virus’ kini di depan mataku. Aku baca satu-persatu hasil tulisannya, kemudian aku scroll ke bawah, selesai halaman tu, aku klik Older Post pula. Baru aku sedari bahawa post yang terakhir bertarikh 28 Ogos. Kenapa dah lama dia tidak aktif dalam blognya? Apa yang dah terjadi padanya? Kerisauan menjelma dalam fikiranku. Aku meninggalkan pesanan pada ruangan sembang dan berharap Miss Virus membalas pesanan aku tu secepat mungkin.

            Siapalah agaknya gerangan empunya blog ni? Kadang-kadang terfikir juga nak berkenalan dengan lebih lanjut dengan Miss Virus ni. Tapi cuak wei! Kalaulah dia tau aku ni peminat fanatiknya, masak aku! Terus putus jadi member cyber! Tak sanggup aku! Aku tau wujudnya blog ni adalah tempat dia bercerita dengan dirinya, personal blog. Hanya 5 orang aje menjadi pengikutnya dan rata-ratanya teman sekerjanya. Tiba-tiba aku muncul dalam blognya. Salam perkenalan aku dengannya disambut dingin. Namun, peduli apa aku kan? Bukannya dia boleh buat spotcheck siapa yang mengintai blognya setiap hari hehe…Takkan pernah aku berputus asa! Ini anak jantan tau!

             Tapi musykil juga aku. Kenapa sampai sekarang Miss Virus ni masih memberi layanan dingin denganku ek? Aku ada buat salah apa-apa ke dengan dia ek? Kenal pun tak, rupa pun tak tau macam mana. Perhubungan kami berdua cuma dalam alam maya aje. Itupun aku yang syok sendiri hahaha…Nasib badanlah…

            Salam Miss Virus. Ni Mr Bact ni. Sorry mengganggu awak. Saya cuma nak tanya, kenapa awak senyap aje dalam blog tu ek?
               
            Mesej dihantar ke nombor telefon Miss Virus. Aku cuba dapatkan nombornya melalui rakan-rakan blognya. Aku sanggup hadapi risiko ni biar apapun yang terjadi.

            Tetttt! Bunyi mesej masuk.

            Kau sapa sibuk sangat nak tau? Suka suki akulah nak buat apa pun. Ada kaitan dengan kau ke? Mana dapat nombor aku ni hah?

            Mak oii kasarnya bahasa minah ni. Aku tanya punyalah baik, dia balas aku macam ni pula. Ermm…sedihnya dilayan sebegini…

            Maaflah. Saya cuma risaukan awak aje. Saya sedar siapa diri saya yang tak penting langsung dalam hidup awak…

            Teettt! Bunyi mesej masuk lagi dan mungkin jua yang terakhir.       

Mr Bact, thanks for your concern. I really appreciated it. Aku Ok aje. Selamat malam.

            Mesejnya aku balas.       

Glad to hear that. Good Night. Nice Dreams.


            Nasib baik aku anak lelaki! Walaupun hati jantan tapi boleh cair beb! Kalaulah aku ni pompuan, memang meraung aku kat atas katil ni gak. Mana taknya, dilayan sebegini rupa…tapi ermm salah aku jugak, padan muka aku kan…minta nombor telefonnya pada teman-teman sekerjanya, mesej dia waktu macam ni tengah malam buta, skodeng blog dia tanpa izin…

            Terangnya bulan bersaksikan bintang-bintang yang terhampar di permaidani langit yang kelam…Oh Sungguh! Sungguh terlayan merenung Cik Bulan itu~~mataku hampir tertutup jua.

Bismikallahummaahyawaamut…zZZZzzz…


BAB 5

            ‘Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi’

            Sopannya suara operator kan…agaknya siapalah empunya suara tu ek? Mesti cun! Dahlah sangat setia. Sentiasa temani si pemanggil seandainya si penjawab tiada di sebelah sana.

            Mana perginya tunang aku ni? Sejak akhir-akhir ni susah betul nak hubungi dia. Sibuklah, kerjalah, penatlah, ngantuklah, itu ajelah alasan yang diterima. Bila ditanya bab persiapan, ermm mulalah melencong jawapannya ke sana ke sini. Senang cerita OFF terus handphonenya. Bijak!

Makin risau pula aku ni gamaknya. Yelah tinggal lagi sebulan aje majlis kami. Pejam celik pejam celik dah sampai masanya…Kadang-kadang aku rasa macam aku ni aje yang serius sorang-sorang, dia pula macam endah tak endah aje…Haisyh! Persiapan majlis semua tinggal lagi 50 peratus. Barang-barang hantaran hampir siap. Buatan sendiri okies! Puas hati hihi…lagi-lagi dapat pujian yang memberangsangkan daripada sanak saudara, teman-teman, makin berkobar-kobarlah aku nak tengok hasil cetusan tangan yang terakhir.

 Awak, ada benda kita nak bagitau awak. Kita dah tak tahan nak selindung dengan awak lagi.

Mesej masuk. Apa ni? Lain macam aje bunyinya. Tak apa…cool bro!

Awak nak bagitau apa? Cakap ajelah.

Awak jangan terkejut tau. Sebenarnya kita nak minta putus.

Erk? Bagaikan haililintar berputar atas kepalaku sebaik sahaja terpandang perkataan ‘PUTUS’ itu.

Awak, awak main-main aje kan???

Tak. Kita serius. Awak tak perlu tanya sebab apa, anggaplah kita dah tak sehaluan.

Amboi…senangnya dia cakap!

Ermm…ok nak buat macam mana kan…tapi satu aje yang kita pinta. Boleh kita tau sebab apa? Kita ada buat salah dengan awak ke?

Kan kita dah cakap tadi, kita dah tak sehaluan. Awak tak ada buat salah apa-apa pun dengan kita.

Ya Allah! Dugaan apakah yang aku baru terima ini? Apa yang harus aku lakukan? Hati aku remuk, berkecamuk, dan hampir mengamuk. Bawa mengucap, Aizat!

Ok clear dah kan? So awak boleh bagitau famili awak dan secara langsung awak boleh batalkan majlis perkahwinan kita. Kita minta maaf.

  Astagfirullah aku hampir terlupa…macam mana aku nak berdepan dengan famili aku, sanak saudara aku yang telah bertungkus lumus mengerjakan persiapan majlis aku ni? Apa yang harus aku katakan pada mereka tentang pembatalan majlis ni? Tak sanggup aku lihat air muka gembira setiap orang yang akan bertukar menjadi wajah duka tatkala terdengar perkhabaran tidak baik ni…Ya Allah, Kau kuatkanlah hati hambaMu ini…

Dengan sekelip mata aje, Aiza berubah. Dengan sekilas masa aje, hubungan kami putus. Tergamaknya Aiza buat aku dan famili aku macam ni? Yang aku bertambah geram apabila dia tidak berterus terang tentang sebab musabab ingin putuskan hubungan. Tak sehaluan??? Sejak bila pula? Selama ni aku dan dia Ok aje. Sama aje haluan kami. Tak menyimpang ke mana-mana pun. Tup-tup di akhir garisan, haluan terus bersimpang. Arghhh!! Aku tak boleh terima! Mungkin aku boleh terima seandainya aku tau sebab di sebalik keputusan drastiknya ni…

Deringan handphoneku berbunyi menghentikan aku dari terus aku melayan perasaanku ni.

“Aizat, pe kes ni? Aku dah tau dah apa yang jadi kat kau. Tapi kenapa kau tak bagitau aku ni??? Nasib baik adik kau yang report kat aku.”

Haisyh mamat ni, main terjah aje, salam tak ada.

“Ermm…entahlah Min. Aku sendiri pun tak pasti. Apa silap aku dalam hal ni sampai dia tiba-tiba buat keputusan sebegitu.”

“Dia dah fikir masak-masak ke? Apa yang dia cakap kat kau?”

“Mana aku tau dia fikir masak ke separuh masak ke ataupun tak masak langsung! Mana ada dia bercakap dengan aku pun. Setakat taip mesej aje. Bila aku call tau pula takut, tak nak angkat.”

“Mak oii…minta putus melalui mesej aje? Gila!”

“Dia tak gila, Min…aku ni yang dah jadi separuh gila kau tau tak? Sejak aku dapat tau tadi, hati aku ni…tak taulah nak cakap macam mana…paling aku kesian, famili akulah…punyalah mengharap dan bersemangat nak langsungkan majlis kami ni…Bila ayah aku hubungi pihak perempuan, diorang seolah-olah sudah tau tentang keputusan anak daranya itu. Mungkin mereka rasa lebih baik Aiza tu berbincang dengan aku terlebih dulu…dan kemudian serahkan keputusan bulat-bulat pada Aiza…”

“Aizat, jom lepak kat luar. Senang sikit nak bercerita.”

“Tak apalah, Min. Aku tak ada mood sekarang ni. Aku tengah bersendirian. Sorry Min…”

“Oh Ok tak apa. Aku paham. Take a rest Ok. Kau jangan buat benda bukan-bukan yang boleh rosakkan kau pula. Esok aku pegi jumpa kau. Assalam.”

“Ok thanks Min. Insya-Allah…”

            Iya. Aku mau bersendirian tika ni. Jenuh sorang-sorang pakat ketuk pintu kamar aku yang berkunci itu. Aku tak mampu nak menjawab segala pertanyaan mereka. Sedangkan persoalan dalam kepala otak aku ni pun belum terjawab lagi. Aku tak berdaya nak melihat wajah kehampaan mereka. Apatah lagi mereka nak melihat wajah kekecewaan aku pula. Baik aku duduk dalam bilik ni diam-diam, buat kerja termenung.

            Allah itu Maha Mendengar Lagi Maha Mengasihi para hambaNya. Setiap yang tercatat dalam diari hidup hambaNya pasti ada jawapannya. Setiap yang tersurat pasti ada tersiratnya. Cuma masa yang menentukan bila tersirat itu mahu ditunjukkan. Akhirnya jiwa kebalku runtun jua. Air mata darah menitis jua…sambil beristighfar…


BAB 6

            Pelik! Kenapa post terbaru di blog Miss Virus kedengarannya seperti senasib denganku, sedang diulit perasaan yang sama, iaitu KECEWA! Apa yang dah berlaku pada dia? Erk? Putus tunang jugak? Aduyai memang senasiblah kita…

            Salam Miss Virus. Sorry mengganggu. Tabahkanlah hati awak ek. Ni semua dugaan dariNya. Insya-Allah ada sinar di depan awak nanti. Selamat malam…

            Mesej dihantar. Berdebar menunggu reaksi dia…Selang 10 minit kemudian…

            Waalaikumussalam. Aku Ok. Thanks.

            Itu aje dia jawab? Ermm…masih dingin…takpelah, tak berani nak tanya lebih-lebih, kang tak pasal-pasal gunung berapi tiba-tiba meletus kat Malaysia ni..

            ‘Ku sangkakan mentari sentiasa menemaniku di setiap gerak langkahku…tapi sayang, akhirnya mentari hanya meninggalkan jejak-jejak langkahnya lalu melangkah jauh dari hidupku…tanpa berpaling lagi…Selamat jalan Mr. Ex-Tunang~~’

            Bait kata yang tertulis dalam blog Miss Virus seolah-olah suatu suara yang keluar dari dalam hati aku…ermm Mr. Ex-Tunang dia vs Ms. Ex-Tunang aku…tapi bila masa pula Miss Virus ni bertunang? Oh mungkin waktu dia mendiamkan diri selama beberapa bulan tu kot…sibuk menguruskan hal sendiri agaknya…Secara kebetulannya, saat kita berdua gembira adalah sama, dan akhirnya saat kita berduka adalah sama jua…

            Oh tidak! Kenapa hati aku ni sedang meronta-ronta? Kenapa aku rasakan kehadiran dia yang semakin dekat dalam hati aku ni? Ok! Aku rasa dah sampai masanya aku nak tau siapakah Miss Virus ni! Aku kena cari sampai dapat!

            Aku merenung barang-barang hantaran yang telah siap digubah tersusun di sudut kamarku. Segalanya hanya tinggal kenangan. Arghh!! Nak buat apa dikenang lagi benda yang buat aku sakit jiwa ni??! Biarlah bersarang labah-labah pun…kesian labah-labah tak ada tempat yang cantik nak buat sarang kan…Elok benarlah tu labah-labah bersarang kat situ…hoho…

            “Min, kau free tak petang ni? Teman aku.”

            “Amboi…ini satu pertanyaan ke satu arahan ek?”

            “Hehe…Ok set! Nanti aku jemput kau!”

            “Eh, kita nak pergi mana pula?”

            “Alaa…kau ikut aje aku…tak payah banyak citer…bukannya aku nak culik kau, nak jual kau pun…kalau nak jual pun macamlah ada orang yang nak kau..hahaha..”

            “Haha…kau belum try test market aku lagi…Ok aku tunggu kau.”

            Aku dah jumpa apa yang aku nak buat kali ni. Aku tekad! Aku dah tak nak teringat lagi kisah sadis ni. Aku kena teruskan hidup aku! Semangat! Semangat! Semangat! Aku tersenyum sendirian. Lega…






BAB 7

            “Sayang, kenapa diam aje ni? Merajuk dengan I ke? Sorry lah sayang ek…I kerja, tak dapat nak luangkan masa dengan U…hari ni I bawa U keluar nak?”           

“Sayang…Thanks sebab sudi temankan I…I janji I tak akan sesekali abaikan you Ok…” Chupp! Satu ciuman hinggap di punggungnya. Haiippp!! Jangan fikir bukan-bukan tau…

            Semenjak kehadiran Cik Zetty dalam hidup aku, aku rasakan seperti hidup semula. Syukur Alhamdulillah…aku dah ada kehidupan yang baru. Cik Zetty berjaya menyempurnakan hidup aku, membahagiakan jiwa aku…Serius aku cintakan Cik Zetty, Cik Zettylah segala-galanya! Phewwwiitt!!

            VROOMMMMM!!!! Macam ni ke bunyinya? Lebih kuranglah kan…haha…

            Nasi Lemak, Lontong Sotong, Gulai Tempoyak Ikan Patin…Perghhh~~Meleleh gua cakap sama lu~~Tu belum aku cerita lagi bab-bab layan corner cecah lutut…Mak oii! Memang terlayan! Selalu pagi Ahad macam ni confirm aku bawa Cik Zetty dating, jalan-jalan di Awana Genting Highland, Bukit Tinggi takpun Karak. Best tau!

            Selalunya aku akan berhenti di Stesen Minyak BHP Gombak dan bersuai kenal dengan mamat bikers yang lepak di situ juga. Kami akan berkumpul dan bergerak sekali. Bagusnya diorang ni masing-masing jenis tak kisah pun bercampur dengan sesiapapun. Semua tu atas dasar berkongsi minat yang sama. Itu yang boleh gathering bersama tu. Hehe…cuma yang membezakan mamat bikers ni adalah dari segi kelajuan motor dan juga keupayaan menyeret lutut.

            Kadang-kadang bila-bila aku rasa tension, aku nak tenangkan jiwa aku ke otak aku ke memang aku akan layan corner sendirian tak kira waktu dan tika. Layan perasaan kononnya haha…Almaklumlah setelah penat otak berfungsi untuk bekerja.

            Inilah hikmahnya atas perpisahan yang terjadi. Aku dapat mengenali dan memiliki Cik Zetty dengan lebih mudah. Mana taknya, duit perkahwinan aku yang tak jadi tu, aku gunakan untuk membeli Cik Zetty yang cun ni. Hehe. Sangat-sangat berbaloi! So, sekarang ni Cik Zetty adalah isteri aku! Sayang dia! Mmuahh!

            Aku bahagia sangat! Tambah bahagia lagi apabila aku akhirnya mengetahui gerangan Miss Virus yang aku minati itu! Kecil sungguh dunia ni kan…Rupa-rupanya Miss Virus dan perempuan yang terlanggar aku adalah orang yang sama! Perempuan yang sentiasa hadir dalam lamunanku. Walaupun layanannya padaku tetap dingin, tapi cukup buat aku tersenyum ceria. Hehe…

            Macam mana aku tau? Jeng…jeng…Usaha itu tangga kejayaan! Nak seribu daya tak nak seribu dua ribu tiga ribu dalih tau! Tak adalah susah mana pun. Sebenarnya pada suatu hari tu, hati aku tergerak untuk membuka blog Miss Virus. Dan aku terkejut seketika apabila menatap satu gambar wajahnya yang tertera dalam blog. Aku macam tak percaya aje dengan apa yang aku lihat! Subhanallah~~Tetapi pada keesokan harinya, sudah tiada lagi gambar wajah itu yang sedang tersenyum dalam kedukaan. Senyuman itu tidak semanis seperti senyuman di butik pengantin. Senyuman itu seakan hilang serinya.

            Kali ini aku tak akan berdiam diri lagi. Aku tak akan sekadar membaca tulisan hatinya. Aku ingin mengenalinya lagi dengan lebih akrab. Dan aku berdoa agar pertemuan pertama antara aku dan dia, membuka ruang untuk aku berkongsi citarasa bersama. Dan aku juga berdoa agar pintu hatinya terbuka untuk menerima kehadiran aku dalam hidupnya.

            Salam, Cik Aiza dah tidur ke?

            Berani aku mesej dia lewat malam macam ni? Berani matilah bro! Ermm…nampak gayanya mesej senyap tanpa dibalas. Mungkin dah tidur kot…biarlah dia masuk dalam mimpi aku malam ni hehe…Nikmat sikit aku tidur…
           
BAB 8

            Jam 10 malam, kerana sebuah janji, aku bergegas menuju ke KLIA untuk menjemput memberku, Abang Man yang pulang dari Sarawak. Perjalanan dalam keheningan malam sebegini memang melancarkan arah tujuku. Terpaksa kutinggalkan Cik Zetty buat seketika. Alamatnya merajuklah dia…

            “Wei, lama tak jumpa kan…Kau sihat ke?” Teguran pertama Abang Man kepadaku.

            “Alhamdulillah…apa yang Abang tengok saya sekarang macam ni lah..hihi…Abang tu pergi Sarawak ada apa? Takkan tak ada buah tangan untuk saya kot.” sibuk je aku tanya.

            “Haha…ada ni. Aku siap bawa kucing lagi dari sana special untuk kau.”

            “Haisyh tak dengar bunyi meoooww pun…lemas kot dalam beg tu…”

            “Malam-malam macam ni meoowww pun tau tidurlah. Penat naik flight.”

            “Wah dasyat kucing Abang tu. Hihi…Macam mana hidup Abang sekarang? Makin ceria aje saya tengok…Dah ada ehem ehem ke?”

            “Ceria ke? Macamlah kau tak kenal aku. Ni pun aku pergi Sarawak ada kerja kena uruskan. Sibuk memanjang tak ada masa nak cari bini. Haha. Kau amacam pula? Dah ada pengganti ke?” mak oii celupar betul mulut Abang Man ni…ermm…

            “Mana Abang tau ni? Cik Puan tu sedang merajuk kat rumah.”

            “Erk? Kau kahwin dengan Aiza ke? Setahu aku Aiza bakal berkahwin hujung tahun ni…”

            Apekahhh? Nak kahwin dah? Gila cepat?! Baru aje putus dua bulan dengan aku. Ni mesti ada yang tak kena ni…kena try korek ni!          

“Kami dah putuslah Abang…Tak ada jodoh…Tapi saya tak tahu pula pasal majlis kahwin dia tu.”

            “Sorrylah Aizat. Aku tau pun sebab bakal suami dia tu member aku juga. Mula-mula aku terkedu juga bila ternampak gambar Aiza dalam Facebook mamat ni. Masa tu Aiza masih jadi tunang kau. Tapi aku tak beranilah nak masuk campur hal orang. Aku ada juga tanya pasal hubungan dia dengan Aiza, dan member aku tu cakap Aiza tu awek dia. Aku simpati dengan kau. Bro, kau Ok ke ni aku cerita? Diam aje dari tadi.”

            “Eh saya Ok, Abang. Perkara dah lepas pun. Biarlah dia nak buat apapun. Janji saya masih hidup lagi. Betul tak? Hehe.”

            “Eh lupa pula. Tadi kau ada sebut Cik Puan kat rumah. Siapa?”

            “Ermm…adalah. Abang Man kena datang rumah saya baru Abang tau hehe…”

            “Amboi main rahsia-rahsia pula dengan aku. Tak apa, next time aku pergi jumpa Cik Puan kau tu Ok. Yang penting kau dah happy dengan hidup kau kan. Aku doakan kau akan dipertemukan jodoh yang lebih baik. Tapi kau jangan lupa doakan aku juga. Haha…”

            “Jom doa sama-sama, lepas tu kita aminnnnnn sama-sama.”

            Ya Allah…Itukah sebabnya? Kerana lelaki itukah Aiza membuat keputusan memutuskan pertunangan kami? Demi cintanya pada lelaki itukah Aiza meninggalkan aku sekelip mata tanpa kata? Memang tersentap! Setelah mendengar cerita Abang Man sebentar tadi. Tergamaknya Aiza lakukan semua ni pada aku…Susah sangat ke mahu berterus terang? Kalaulah aku tau hatinya sudah beralih pada mamat sengal tu, aku sanggup lepaskan dia daripada aku merana menyalahkan diri aku sendiri selama ni…

            Mataku masih belum terlelap. Otakku ligat berfikir dan masih terngiang-ngiang ceritera Abang Man tadi tentang bekas tunangnya itu. Tidak dinafikan, barang yang lepas usah dikenang. Namun, kenangan itu sentiasa lewati bayangan. Apatah lagi, kisah tersirat di sebalik yang tersurat baru ku ketahui. Makin tercalar luka yang sedia ada.

            Aku memecut bersama Cik Zettyku tanpa haluan. Kedinginan angin malam yang menghembus menusuk hingga rusukku. Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Bunyi Cik Zetty menderu di tengah kotaraya. Vrooommm sana vrooommm sini tanpa menghiraukan mata yang memandang. Aku harapkan segala khayalan dalam kotak fikiranku dibawa bersama kepulan asap yang keluar dari corong ekzos. ARRGGHHHH!!!!


BAB 9

            Ini namanya tak reti bahasa. Orang tak nak pun aku makin rapat pula. Niat aku ikhlas, bukannya nak aniaya orang. Aku cuma nak kenal Miss Virus a.k.a Cik Aiza dengan lebih dekat. Tak salah kan??

            Semakin hari, aku makin bergiat aktif dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Aku join bukanlah seratus peratus disebabkan mengikuti kegiatan Miss Virus, tapi memang sebab dia pun. Haha…Tipulah kalau aku cakap dia tak ada kaitan dalam ini kisah. Aku makin tertarik dengan Miss Virus walaupun penerimaannya padaku masih hambar. Aku tak akan menyerah! Takkan sesekali! Cewahhh! Semangat aje lebih, bila berdepan dengan dia, terkulat-kulat aku hahaha…

            Masuk sebulan lebih, hubungan kami semakin baik. Baik aje bukannya akrab tau. Tapi tak kisahlah yang penting ada perubahan. Hehe…Kadang-kadang aku merasakan Miss Virus seolah-olah sekadar berlakon walhal dia menyampah gila agaknya dengan aku ni. Hambik kau! Haisyh! Be Positive Ok! Nawaitu kena betul, barulah tak tersasar dari garisan. Ingat tu! Aku sedar aku sanggup buat apa saja semata-mata kerana Miss Virus. Walaupun terpaksa kukorbankan diri ini deminya jua. Cewahhh!! Perasan lebih aje hehe…

             “Aizat, pe kes kau sekarang? Lain macam aje aku tengok kau. Kau dah tak nak dengar ceramah 2 jam aku lagi ke?”

            “Tak apelah Ustaz. So far, aku belum lagi nak guna khidmat nasihat kau. Aku tak cukup duit nak bayar kau.”

            “Nasib baik kau sedar bahawasanya service aku nie berbayar tau. Haha…”

            “Kau nak tau sesuatu tak? Ni kalau aku cerita, confirm kau melopong terus masuk lalat.”

            “Apa dia tu?”

            “Sebenarnya kan…sebenarnya…ermm…macam mana nak mula ek?”

            “Ceh! Nak cerita ke tak nak ni? Aku tak sabar nak kasik lalat masuk mulut aku ni.”

            “Ok ok…Sebenarnya Miss Virus tu adalah orang yang aku kenal dan orang yang aku jadi gila bayang.”

            “Erk? Miss Virus tu siapa? Macam tak pernah dengar aje kisah dia dari mulut kau.”

            “Eh adalah! Kau hilang ingatanlah tu. Suka sangat makan lalat.”

            “Aik, ada kaitan ke lalat dengan pelupa aku? Kalau semut tu iyelah.”

            “Kau ingat tak selama ni aku suka ngintai satu personal blog ni. Empunya blog ni namanya Miss Virus. Secara kebetulannya, aku baru dapat tau Miss Virus tu adalah perempuan yang sama yang terlanggar aku di butik pengantin tu dan mempunyai nama yang sama dengan ex-tunang aku, Aiza. Kecil betul dunia ni kan…”

            “Laa ye ke? Patutlah sejak akhir-akhir ni senyum sampai ke telinga! Akhirnya kau jumpa dia juga.”

            “Bukan sampai telinga aje, malahan sampai ke kening ni hah.”

            “Mak oiii…menakutkan yelah haha…”

            “Mana taknya, saban minggu aku bertemu dengan Miss Virus ni tau. Dapat mengadap dia sejam pun jadilah.”

            “Ooo…patutlah kau asyik hilang aje hujung minggu. Rupa-rupanya pergi dating ek? Senyap-senyap aje ek tanpa pengetahuan aku.”

            “Hehe…bukanlah bro. Aku habiskan masa aku dengan aktiviti kebajikan. Sambil menyelam minum air, so aku boleh berkawan dengan Miss Virus.”

            “Wow, wonderful! Ini aku like 40 juta kali ni! Aku sokong kau!”

            “Alaa kau tak sokong pun, aku peduli apa hehe…”

            “Nanti bila-bila aku nak join sama kau boleh?”

            “Kau berani lepas ke dengan awek kau tu? Karang bising pula dia, baru kau tahu.”

            “Hehe…betul juga tu. Tak apa, tunggu aku betul-betul free.”

            “No hal Min. Nak ikut aje, terus bagitau aku Ok.”

BAB 10

            Sudah lama Miss Virus menyepi. Sekian lama juga blognya sunyi. Ke manakah hilangnya dia?

            Sejak Miss Virus mengenali seseorang, semakin hari semakin kurang penglibatannya dalam badan kebajikan ni. Musykil juga aku. Adakah mereka berdua sedang hangat bercinta? Macam mana dengan aku pula? Sekadar melihat kemesraan mereka dari jauh? Sampai bila aku sanggup bertahan sebegitu? Hipokritnya aku ni!

            Dah tu, tak kan aku nak berterus terang dengan dia? Tak kan aku nak halang dia pula kan? Itu hak dia dalam membuat pilihan hidupnya. Siapa aku nak masuk campur hal dia? Itulah asyik pendam aje dalam hati, manalah dia tau. Sekarang dah melepaslah aku gamaknya…Kesiannya aku…uhuk..uhuk..

              Walaupun ketiadaan Miss Virus, aku masih aktif membuat amal kebajikan ni. Alhamdulillah…akhirnya kenalan aku makin bertambah dari kalangan sukarelawan badan kebajikan ni. Semakin rancak semakin ligat aku bersukarela. Namun, aku tak pernah lupakan Miss Virus…Apa khabar agaknya dia di sana…nak mesej dia, tapi takut boyfriend baru dia serang aku pula. Tak apalah…aku hanya mampu berdoa akan kebahagiaan dia bersama orang yang dicintainya…

            Sejak akhir-akhir ni, aku sering ditemani Muhaimin ni. Memang dia dah betul-betul ‘free’ sekarang. Itulah agaknya dia ingin mengisi kekosongan hatinya dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ni. Mungkin salah satu cara dan keputusan yang terbaik dalam hidupnya kot. Kenapa dengan kisah cintanya? Confirm aku tau! Tapi sekarang ni adalah kisah cinta antara aku, Miss Virus dan dot dot dot…Kalau nak masukkan kisah cinta Muhaimin, karang bertambah jadi Bab 50! Itu bukan cerpen dah, itu namanya novel. Hehe…Lagipun watak Muhaimin sekadar bestfriend aku aje, mana boleh lebih-lebih. Takut dia pula jadi Hero menggantikan watak aku haha…

            Aku cuba hubungi Miss Virus beberapa kali tapi sayang tiada respons. Aku tunggu dan terus menunggu. Siang berganti malam, malam lewati siang, hari berganti minggu, minggu tinggalkan hari, bagaimana caranya agar aku dapat mendengar khabar darinya? Aku seolah-olah bagaikan pungguk rindukan bulan…biarpun ku sedar bulan itu tidak pernah pancarkan cahayanya ke arahku seorang…

            Salam Miss Virus. Dah lama saya tak dengar khabar dari awak. Awak sihat?

            Tettt…mesej dibalas selang 15 minit kemudian…Yes!!

            Wsalam. Aku Ok aje. Sorrylah dah lama aku tak join program. Ada apa-apa berita ke kau nak sampaikan pada aku?

            Awak senyap aje. Tu yang saya mesej awak tu. Takut-takut awak sakit ke kan

            Oh kau jangan risau Ok. Pandai-pandailah aku jaga diri aku sendiri. Hehe…

            Baguslah. Lega hati saya bila dengar awak macam happy aje ni…Almaklumlah orang sedang dilamun cinta…hehe…

            Isk…ke situ pula haha…malu aku tau! Oklah, kirim salam yang lain ek.

            Insya-Allah. Take care.

            Rentetan mesej bersama Miss Virus biarpun hanya sekejap saja mampu melegakan hati aku yang tak keruan ni. Tapi legakah hati aku ni? Jauh di dasar hati aku ni, terselit juga secebis rasa jealous terhadap percintaan dia bersama mamat tu. Haisyh! Bisikan syaitan ni! Astaghfirullahalazim…

            Ya Allah, seandainya dia adalah ditakdirkan untukku, tercipta buatku, maka Kau satukanlah hati kami sebagaimana Kau satukan Adam dan Hawa…seandainya dia bukanlah milikku, maka Kau luputkanlah perasaan cintaku padanya, maka Kau tunjukkanlah padaku jodohku yang sebenar…dan aku tau PilihanMu sememangnya adalah yang terbaik untuk para hambaMu…

BAB 11

            Saban hari aku merinduinya, rindukan senyumannya, gelak tawanya, kata-katanya, tingkahnya…Apa dah jadi dengan aku ni??? Padan muka aku! Sendiri cari penyakit, lepas tu merana sorang-sorang. Siapa suruh baik sangat nak jadi pendengar setia Miss Virus? Segala suka duka sebahagian hidupnya berada dalam genggaman tanganku. Aku sendiri tidak menyangka kehadiranku dalam hidupnya amatlah bererti biarpun untuk masa tertentu saja.

            Patutkah aku berterus terang tentang perasaanku padanya? Aku rasa dah sampai masanya dia tau biarpun dia sudah berpunya. Yang penting aku cuba juga untuk luahkan isi hatiku yang sudah lama terpendam ni. Macam mana kalau hubungan kami putus setelah luahan secara rasmi ni terjadi? Ahhh! Hiraukan ajelah bab tu. Belum cuba belum tau!

            “Aiza, saya ada sesuatu nak bagitau awak.”

            “Eh kebetulan pula. Nasib baik kau ingatkan aku. Aku pun ada benda penting nak bagitau kau.” Aiza mengukir senyuman di hujung kata.

            Erk? Dia nak cakap sesuatu? Jangan-jangan, dia pun nak luahkan suara hati dia pada aku kot. Berdebarnya jantung aku ni. Bawa bertenang duhai hati…

            “Kalau macam tu awak cakaplah dulu ek…lepas tu baru saya cakap…”

            “Ok. Alhamdulillah…akhirnya saat yang aku nantikan tercapai jua. Haris baru aje melamar aku, Aizat! Sungguh aku tak terkata apa masa lamaran tu. Memang aku terkejut mendengar lamaran darinya sepantas ni. Hehe…”

            “Ye ke? Baguslah macam tu. Tahniah! Kira saya orang pertama ke yang tau berita gembira awak ni?”

            “Ermm…tak lah. Awak orang yang ke-sepuluh yang tau. Hehe…”

            “Yelah, saya sedar siapalah saya ni dalam hati awak kan..Bila langsungnya?”

            “Kalau tak ada aral melintang hujung tahun ni aku bertunang. Sebulan lepas tu barulah kahwin. Doa-doakanlah aku ek.”

            Doa? Doa apa yang harus aku baca? Doa agar hubungan mereka berdua kekal berpanjangan ke? Ataupun doa agar hubungan mereka putus di tengah jalan? Haisyh! Gila kejam aku ni!

            “Oh ya! Tadi kau nak cakap apa ek?”

            “Ermm…tak ada apalah. Saya dah lupa pula. Lain kalilah saya bagitau awak ek.”

            “Tengok tu! Ok!”

            Kerja pengagihan barang untuk diserahkan kepada Rumah Orang Tua yang tergendala seketika kini disambung semula. Kulihat Aiza tersenyum indah, terpancar sirna wajahnya di sebalik jerih peluh yang kelihatan jelas di dahinya. Sungguh bahagianya dia, fikirku. Bagaimana dengan aku? Sungguh malangnya aku, fikirku jua. Terlebih dulu aku mendengar khabar gembira tu sebelum aku sempat berterus terang. Tak sanggup aku melafazkan perasaanku padanya sebentar tadi tatkala terlihat wajah cerianya yang telah dilamar oleh Haris. Bertuah betul Haris yang berjaya menakluki mahkota hati milik Aiza.  Tahniah Haris…
             
              Paluan kompang bertalu menggamit suasana di Kampung Parit Jawa. Padan sungguh seri pengantin lelaki mahupun pengantin perempuan berarak menuju singgahsana. Tak terkawal perasaanku tika ini, tak terungkap bicaraku saat ini. Wanita yang aku cintai lebih dari diri aku sendiri kini menjadi hak milik orang. Dan ini kali kedua aku kehilangan cinta hatiku dalam hidupku. Oh menangislah hatiku sepuasnya…andai itu bisa melegakanku…

            “Aizat, kau Ok ke tak ni? Kalau tak Ok, jom balik.”

            “Eh mestilah Ok Min. Tengok lututlah bro. Hehe…”

            Muhaimin sekadar tersenyum kelat sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Muhaimin pasti faham apa yang terbuku di benak hati aku sekarang biarpun aku cuba sembunyikan perasaanku yang sebenar.

            “Jom kita pergi jumpa pengantin!”

            “Erk? Kau biar betik! Aku takut kau meraung kat depan pengantin aje nanti. Bikin kecoh pula.”

            “Haha. Aku masih waraslah. Aku kan lelaki. Taulah aku control.”

            “Aiza dan Haris, tahniah ek. Aku doakan korang berdua hidup bahagia hingga ke akhir hayat…”

            “Terima kasih Aizat kau sudi datang juga majlis aku ni. Aku pun doakan kau cepat ikut jejak langkah aku ni haha…”

            Aku berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebelum mengundur diri. Aiza tersenyum. Senyuman itu akan menjadi senyuman terakhir yang kulihat. Aku akan pergi…jauh darimu…

BAB 12

            Deruan ombak menghempas pantai. Hembusan angin laut mendamaikan tubuhku. Aku merenung Sang Mentari yang baru saja munculkan dirinya di sebalik lautan luas. Terang, jelas tapi bahangnya masih belum terasa. 

            Muhaimin menepuk lembut bahuku dari arah belakang berulang kali sambil matanya tertancap pada Sang Mentari yang seakan tersenyum. Masing-masing hanya berkata dalam hati dan seolah-olah memahami antara satu sama lain. Tak lama kemudian, gelak tawa kedengaran. Entah apa yang melucukan hati pun aku tak pasti. Kami saling berpandangan.

            “Min, thanks being such a good friend.”

            “Relakslah bro…namapun bestfriend kan…”

            “Ermm…jom!”

            Aku melangkah ke arah Cik Zetty yang sedari tadi turut menyaksikan sunrise dari bawah pohon kelapa. Muhaimin sekadar mengekori gerak langkahku.

            VROOOMMMM…Cik Zetty melepaskan asapnya berkepul-kepul lalu meninggalkan tulisanku yang terukir di atas pasir halus…   

Aku ke mari dengan jiwa laraku
Aku ke sini tinggalkan kisah klasikku
Aku susuri pantai bersama jejakku
Terus ke depan tanpa toleh belakangku

Andai cinta bisa digantikan dengan lautan
Aku rela berumah di tepian
Agar cinta sentiasa dekat di hati
Biarpun cinta itu tak semestinya memiliki…

~Mr. Bact Love Miss Virus~