~segala rasa itu adalah anugerah...hingga tercetusnya ilham~

Saturday, January 29, 2011

~PUISI : CintaKu pAda ALam~


Sungguh sempurna lukisan ciptaanNya
Melakarkan dunia tidak bersempadan
Mewarnakan alam penuh keindahan
Cantik…tiada kata dilafazkan…
Kagum dengan KuasaNya
Subhanallah…

Alhamdulillah…
Kita tercipta olehNya
Bukan sebagai pelakon
Yang menghiburkan pentas dunia
Kita bukannya manusia
Yang hanya memikirkan kehidupan
Tetapi kita adalah pemimpin
Yang dipinjamkan nyawa sementara
Untuk membongkar rahsia tersirat alam
Untuk memelihara keunikan tesurat semesta

Masa berdetik beribu kali
Seiring aliran arus alam
Oh di manakah kita berdiri
Masih sama, di tempat berpijak
Oh sekeliling, apakah yang terjadi
Kosong! Pudar! Warna lukisan makin luntur!
Terbentangnya gah alam kini tiada sinarnya lagi
Siapa yang dipersalahkan
Semestinya kita…duhai sejagat
Kerana amanat dariNya sukar kita laksana
Hingga akhir zaman…

Kita berkongsi alam yang sama
Kita memegang khazanah bersama
Kita bernyawa dengan izinNya
Dikelilingi indah, ajaibnya flora jua fauna
Namun dengan sekali noda berbisik
Hanyut segalanya terperangkap dalam duniawi
Hancur lebur dek panahan mentari yang makin hangat
Pabila nyawa putus dengan kehendakNya
Kandungan alam sebagai saksi
Menyelamatkan kita di akhirat nanti
Allahuakbar!
Cintailah alam kita…

No comments:

Post a Comment