~segala rasa itu adalah anugerah...hingga tercetusnya ilham~

Monday, February 7, 2011

CERPEN : Suamiku adalah Cintaku

BAB 1

            Di hening senja, dia merenung awan yang sedang menangis bersaksikan langit yang gelap membiru di atas sana…Namun, hati yang sedang berair mata ini semakin galak dipendam. Bilakah dugaan ini akan menemui garisan penamat…adakah kebahagiaan yang akan dikecapi ataupun kedukaan yang menanti dalam hidupnya?

            “Sofia! Buat apa kau tercegat kat balkoni tu? Aku balik pun kau tak sedar, kan!” Jerkah Adam dari arah belakang.

            Sebelum darah Adam naik ke muka handsomenya, terkocoh-kocoh Sofia berlari keanak-anakan menghampiri suaminya itu. Sofia mencium tangan Adam seperti kebiasaannya. Ciumannya juga tak lupa dihadiahkan ke pipi Adam walaupun Adam tiada reaksi. Sememangnya Sofia amat sayangkan insan di hadapannya itu yang bergelar suami.

            “Isk, dahlah. Rimaslah cium-cium ni. Aku lapar. Lepas aku mandi, aku nak minum petang dah siap terhidang kat Forever Park tu tau.” Satu arahan keluar dari mulut Adam.

            “Erk, tapi bang…kan tengah hujan ni. Kita minum kat dalam ajelah ya. Kang tak pasal-pasal abang minum teh O hujan dengan goreng pisang sejuk.” Tutur Sofia yang agak berani membuat jenaka. Sofia tergelak kecil sedangkan dalam hati Adam sudah berasap sedikit.

            “Suka hati akulah nak minum kat mana pun. Lagipun apa gunanya pondok kecil kat taman tu. Takkan untuk tengok aje? Lain kali nak buat lawak tu fikir betul-betul dulu, huh!” Adam mendengus lalu menapak ke arah bilik air.   

            “Haah ek. Apalah otak aku ni. Padan muka dengan aku sendiri, huhu…” Sofia bicara sendiri sambil mengetuk lembut kepalanya berulang kali atas kebodohannya berlawak. Memang tak ada bakat langsung!

Hujan berhenti seolah-olah memahami situasi. Sementara menantikan suaminya turun ke bawah, Sofia khusyuk berborak mesra dengan bunga orkid kesayangannya. Bak kata orang, kita kena sentiasa bersembang dengan pokok yang ditanam agar pertumbuhannya menjadi lebih pantas. Tapi ada juga antara mereka yang akan mengatakan kita gila kerana bercakap dengan pokok. Ermm…salah seorang di antara mereka ialah…siapa lagi, kan

“Woit, gila ke bercakap dengan pokok? Dah tak ada kerja lain dah, hah? Macamlah pokok tu boleh balas apa yang kau cakap…” sinis Adam.

“Kadang-kadang lebih baik bercakap dengan benda yang tak boleh membalas kata-kata kita daripada dibalas dengan kata-kata kasar…” bicara Sofia dengan nada perlahan.

“Apa kau cakap???”

“Oppss…tak ada apa-apa, bang,” cepat-cepat Sofia menekup mulutnya yang lancang itu lantas menggeleng-gelengkan kepalanya laju-laju. Dia tidak sedar kata-katanya hampir didengari oleh Adam.


BAB 2

            “Amacam hidup sekarang, bro? Mesti hati banyak senang, kan. Almaklumlah dulu seorang aje, sekarang dah berkongsi hidup kau. Bilalah aku nak jadi ‘uncle’ ni, hihi…” tersenyum sumbing Ikhmal sambil mengangkat kedua-dua keningnya.

            “Haha…Wei, relakslah Mal. Aku baru aje bersanding dua bulan lepas, kan. Jangan terburu-buru. Planning kasik baik punya…haha…” cover Adam.

Tidak pernah terlintas di fikirannya tentang hal yang satu itu. Seingat Adam, semenjak Sofia diijabkabulkan sebagai isterinya, tubuh isterinya masih suci batinnya. Dia sendiri tidak pasti kenapa tiada langsung perasaannya untuk ‘menyentuh’ kekasih halalnya itu. Sofia pun tidak pernah bersuara. Mana tidaknya, tersilap bicara tersalah tingkah, bergemalah suara tengking milik Adam.

            “Kau kena ingat, kau tu makin lama makin tua makin tak larat kang...”

            “Erk ye ke? Bukan makin tua makin ganteng ke?? Eleh, kau pandai nak ingatkan aku…kau tu apa kes pula? Girlfriend pun tak ada lagi, apatah lagi bini. Aku tengok kau cukup sifat, ada rupa, ada duit, ada umah, siap ada BMW 5 Series lagi, tapi peliklah perempuan macam mana yang kau nak sebenarnya? Meh aku tolong carikan.”

            “Haha…aku memang pelik sikit. Kalau boleh aku tak nak perempuan…”

            “Hah? Gila kau! Kau jangan cakap kau ni suka kaum sejenis…mahunya aku lari berjuta-juta kilometer dari kau. Cari nahas woo!”

            “Uiks, kau dah kenal aku berapa lama dah, kan…sampai hati kau tuduh aku macam tu. Maksud aku, aku tak nak perempuan, tapi aku nak seorang isteri. Isteri yang hormat pada aku sebagai suaminya dan ibu kepada anak-anak kami. Perempuan memang berlambak kat luar sana tetapi isteri yang solehah tersorok di celah-celah himpunan mereka. Faham?” jelas Ikhmal panjang lebar.

            “Perghh! Patutlah sampai sekarang aku tak dapat merasa nasi minyak kau, haha…”
           
Hakikatnya, Ikhmal serik untuk bercinta lagi setelah kenangan cintanya putus di tengah jalan. Ketulusan cinta Ikhmal hanya pada Aida. Satu-satunya wanita yang berjaya mewarnai hidupnya dan menakluki sekeping hatinya. Perginya Aida tanpa meninggalkan noktah telah mengguris perasaannya. Kalaulah boleh dilihat berapa sentimeter dalamnya kesan calar itu, isk…isk…
 
            “Hello, aku pun tak sempat nak rasa nasi minyak kau hari tu tau. So 0-0 lah kan.” Ujar Ikhmal.

            “Ermm…takpelah. Nanti bila aku free, kau free, jom lepak kat umah aku. Aku suruh bini aku masak special untuk kau, amacam? Dia masak sedap tau. Kalah chef-chef hotel. Kau order aje apa kau nak makan, settle!” Ajak Adam.

            “Erk? Aku terpuji dia pula? Hisyh!” desis hati Adam apabila tanpa disedari dia memuji isterinya itu di hadapan teman akrabnya. Tak mungkin!

            Kadang-kadang Ikhmal berasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Adam tentang perkahwinannya. Mana tidaknya, walaupun Adam sudah bertukar status dari bujang menjadi suami orang, tetapi lagaknya masih seperti dulu. Kaki perempuan, suka keluar lepak, tetapi yang peliknya kelab-kelab malam yang sering dikunjungi Adam sebelum ini sudah ditinggalkan. Ermm…Ikhmal tidak mampu bertanya. Biarlah…yang penting doakan mereka berdua berbahagia hingga ke anak cucu…Chopp! Mana boleh macam tu! Kang lepas dapat cucu, bercerai berai pula Adam dengan isterinya bila nak timang cicit. Ermm moga berbahagia hingga ke akhir hayat…chopp! Bosanlah ayat tu dah biasa sangat…Ermm moga berbahagia hingga hujung nafas…Bolehlah…tapi macam tak kena je…ahhh! Ikut suka jela…


BAB 3

            “Atok, Pia tak nak kahwin dengan lelaki tu, tok…Kenapa atok buat Pia macam ni…” teresak-esak Sofia di pangkuan atoknya. Sofia tidak faham apa yang telah terjadi sebenarnya sehinggakan dia terpaksa menyerahkan hidupnya selepas ini ke tangan lelaki itu.

            “Sofia…tok minta maaf sangat-sangat. Atok tahu tak sepatutnya tok buat cucu tok macam ni…tok terpaksa Pia…tok nak Pia hidup bahagia biarpun tok dah tak ada nanti…” Kudratnya yang hanya tinggal separuh cuba meyakinkan cucu kesayangannya itu.

            “Atok…kat mana bahagia yang tok nampak tu? Atok pasti cucu atok ni boleh bahagia selamanya berkahwin dengan lelaki yang tak dicintainya?”

            “Pia, atok rasa atok dah dapat petunjuk yang terbaik untuk hidup Pia…dengarlah cakap atok ya, sayang…Encik Sufian dan isterinya sayang sangat kat Sofia…Atok dah lama kenal dengan diorang…diorang dah anggap Pia macam anak perempuan mereka sendiri. Atok jamin Pia pasti bahagia…”

            “Mana mungkin aku akan berkahwin dengan lelaki yang sememangnya terkenal dengan sikap biawaknya. Cuma atok aje yang tak tahu akan tingkah bakal menantunya itu. Argghh!!!! Boleh tercabut otak aku ni!”

             Sofia sememangnya sudah berpunya. Hati dan cintanya sudah diserahkan sepenuhnya hanya untuk teman sekuliahnya itu. Hubungan percintaan mereka berdua yang sudah terjalin selama 2 tahun tidak diketahui oleh atoknya. Statusnya sebagai seorang mahasiswi yang membataskannya untuk berterus terang pada atoknya. Pantang atoknya seandainya bercinta ketika belajar. Tetapi kenapa tiba-tiba atoknya terburu-buru menetapkan perkahwinan Sofia sedangkan dia baru sahaja bergelar graduan…

            Dalam sekelip mata, dia terpaksa mengorbankan hidupnya, impiannya, cintanya semata-mata untuk menunaikan janji atoknya, semata-mata untuk merealisasikan keinginan dan impian Encik Sufian dan Puan Rosnah dan juga semata-mata untuk berkongsi hidup dengan lelaki yang tidak dicintainya! Ya Allah, Kau turunkanlah petunjuk…

            Sofia sedari kecil sentiasa dahagakan kasih dan sayang insan yang dipanggil ibu dan ayah. Ibu ayah Sofia meninggal dunia ketika menunaikan haji. Sofia tika itu baru berusia 7 tahun. Hanya atoklah tempat Sofia bermanja dan menumpang kasih sehinggalah Sofia menginjak dewasa.

Kotak imbauan itu lenyap bersama kesepian malam. Sofia cuba melelapkan mata yang agak bundar itu. Sofia beralih posisi pembaringannya ke sebelah kanan. Tertancap pandangannya tatkala melihat sekujur tubuh di sebelahnya yang sedang asyik dibuai mimpi. Mukanya bersegi, keningnya lebat, hidungnya agak mancung dan…dan bibirnya…erk?!

“Masya-Allah! Apa yang aku dah buat ni? Cukup…cukup…tidurlah wahai Sofia…please…” Sofia berkata dalam hati.

  Ditenungnya lagi wajah suaminya. Biarpun bukan cinta yang menjadi permulaan hubungan, biarpun tiada sekelumit cinta dalam pelayaran, biarlah rasa cintanya pada Adam kekal tersemat di hatinya…Insya Allah semakin dirinya redha dengan ketentuan hidup, semakin tabah hatinya menempuhi segalanya. Pasti ada hikmah yang tersembunyi!

“Abang...Pia sayangkan abang…tolong terima Pia dalam hidup abang…Pia dah tak sanggup menonton tubuh abang dipeluk cium dimanja rayu oleh perempuan-perempuan yang mendampingi abang…berubahlah, bang…demi rumahtangga yang kita bina ni…Selamat malam, abang…” suara halus hatinya terungkap. Dan akhirnya Sofia terlelap jua bersama titis-titis kaca yang terbiar mengalir di pipi mulusnya…

 BAB 4

            Adam merenung tingkah laku isterinya dari jarak jauh. Apakah perasaan yang sedang dia alami tika ini? Cinta? Tak mungkin! Adakah sekadar sebuah simpati? Ermm…mungkin! Tetapi kenapa susah benar dia mahu berlembut dengan wanita di hadapannya itu? Ego! Ego seorang lelaki a.k.a suami!

Sofia sedang menyediakan makan tengahari. Memandangkan hari ini adalah hari minggu, Sofia memasak juadah istimewa special untuk suami tercintanya. Siakap masak 3 rasa, tomyam campur, kalian goreng ikan masin, sambal tumis udang penuh terhidang di meja makan ini.

            “Abang, jom makan…” Sofia memanggil suaminya penuh sopan.

            “Abang…” buat kali kedua Sofia memanggil Adam.

            Tiada respon jua. Sofia mendekati Adam yang sedang termenung di sofa empuk itu.

            “Erk? Bila masa pula kau ada kat sebelah aku ni? Ilmu magik ke kau guna? Tadi ada kat dapur pastu tiba-tiba ada kat sini??” Nada terkejut Adam kedengaran.

            “Abang? Kenapa ni? Abang tak sihat ke? Pia panggil abang banyak kali pun abang tak dengar…” jelas Sofia.

            “Kau ada panggil aku? Apa kes?” tanya Adam.

            “Pia cuma nak minta tolong abang aje…boleh tak?”

            “Tak boleh! Jangan nak mengada-ngada!” tegas Adam.

            “Alaa abang ni, Pia belum cakap apa-apa lagi dah cakap tak boleh. Kalau tak boleh tak apalah. Tapi bila abang rasa lapar, jangan cari Pia tau. Pia nak keluar kejap lagi…”

            “Aik kau nak pergi mana pula? Takkan dating kot…” teka Adam.

            “Haah Pia nak pergi dating…boleh tak??” acah Sofia sambil melihat reaksi Adam.

            “Pergilah kalau rasa tak malu. Pandai-pandailah keluar sendiri. Jangan harap aku nak hantarkan. Tak ada maknanya! Faham?!”

            “Terima kasih abang! Sayang abang!” pipi Adam dikucup sepantas kilat. Terkedu Adam seketika.

            “Tapi dengan syarat sebelum kau keluar, kau kena temankan aku makan.”

            “Baik! Jom makan. Pia dah siapkan dah. Tinggal nak masuk mulut aje. Hehe.” Tutur Sofia dengan nada bergurau.
           
“Kenapa kau tak makan?” tanya Adam tatkala tersedar isterinya sekadar melihat dia melantak tanpa menjamah apa-apa.

            “Cow mana makan siakap…”

            Bulat mata Adam mendengar jawapan berani Sofia itu. Sofia bagaikan tak sedar akan kelancangan bicaranya tadi. Sofia khusyuk memandang Adam menjamah masakannya. Satu kepuasan pada dirinya apabila suaminya enak menjamah hidangan hasil air tangannya sendiri. Bersyukur kerana dikurniakan bakat memasak. Kata orang-orang tua, “suami harus dipikat dengan perut, barulah bahagia rumahtangga”. Sejauh manakah kebenarannya, kita tunggu…mudah-mudahan Tuhan akan bukakan pintu hati Adam untuk dirinya.

            “Amboi…pakai cantik-cantik ni, siap sembur perfume sebotol, jangan sampai lupa jalan nak balik rumah.” Pesan Adam. Tertelan air liur Adam tatkala melihat isterinya turun dari tangga.

            “Erm Pia cantik ye, bang? Hehe…” Sofia hanya mencalitkan mekap yang nipis pada wajahnya, senang cerita ‘natural mekap’. Dia selesa sebegini.

            “Jangan nak perasan!” Adam tergumam. Tak tahu ayat apa yang harus dibalas.

            “Yalah, Pia tak secantik awek-awek abang, kan. Kalau nak dibandingkan diri Pia dengan diorang perghh bagai langit dengan darat, betul tak bang?” Sofia mengenyitkan mata kanannya.

            “Ermm…tau pun…”

            Sebelum keluar dari rumah itu, Sofia tak lupa untuk mengucup tangan suaminya. Itu sudah menjadi satu kewajipan sebagai seorang isteri. Biarpun Adam hanya memerhatikan Sofia melangkah keluar dari sofanya.

            Satu jam kemudian, Adam berasa tidak senang duduk. Rancangan Raja Lawak yang sedang ditonton tidak menarik perhatiannya. Deringan telefon bimbitnya yang bersilih ganti daripada Suzana, Rina dan Irma tidak diendahkan. Dia tiada mood mahu berjumpa dengan mereka. Masakan tidak, setiap kali berjumpa, diajaknya pergi shopping sampai habis duitnya dikikis. Mahu bankrap macam ni. Adam berjalan ke hulur ke hilir tak tentu arah. Dalam fikirannya hanya memikirkan Sofia.

“Apa yang aku rasa ni?? Biarlah Sofia keluar dating dengan lelaki lain pun. Takkan aku jealous punya. Haha. Memang gilalah kalau aku jealous. Haha. Haisyh mana boleh macam ni! Siap mekap, baju lawa, wangi pula tu! Dahlah tak makan langsung, confirm dia makan dengan lelaki tu! Apa aku nak buat ni?? Takkan nak biarkan aje kot? Ermm takkan aku ada hati kat dia pula?? Tak mungkin!” monolog Adam seorang diri menafikan perasaannya pada Sofia.

Adam cuba menghiraukan seboleh mungkin apa yang berlegar di fikirannya. Adam cuba juga memejamkan mata yang tidak menunjukkan rasa mengantuk itu. Arghhh!

BAB 5

Sofia buntu. Dating? Oh tidak mungkin…Hatinya awal-awal lagi memang sudah dihadiahkan pada Adam walaupun Adam tidak pernah meminta sekeping hatinya itu. Sofia sendiri sudah bertekad sebelum dia mendirikan rumahtangga lagi bahawasanya sesiapa sahaja yang bergelar suaminya, Sofia akan menyerahkan jiwa raganya hanya untuk suami tercinta. Biarpun suaminya itu bukanlah pilihan hatinya…Syurga di bawah telapak kaki suami…

Hakikatnya, Sofia paling tidak suka membeli hadiah walhal suka sangat mendapat hadiah. Siapa yang tak nak hadiah kanSofia berpusing-pusing satu shopping complex mencari sesuatu yang istimewa tetapi tidak ditemuinya. Perut seakan-akan meminta untuk diisi. Bau KFC yang berlegar-legar di ruang udara terus menusuk ke dalam hidung Sofia. Memandangkan sudah lama dia tidak pekena KFC, tambahan pula bukan senang dia diizinkan keluar dari rumah sebegini, Sofia membuat keputusan untuk menjadikan Snack Plate Spicy sebagai santapannya.

Sedang enak menikmati kerangupan dan kepedasan ayam KFC itu, Sofia seolah-olah terpandang seseorang yang amat dikenalinya sedang menuju keluar KFC. Pelanduk dua serupa kot. Kali kedua dia menoleh kelibat itu tetapi sudah hilang dari pandangan. Sememangnya dia rindukan wajah itu. Wajah yang membuatkan dia ketawa, menangis, seribu rasa duka dan bahagia. Tanpa disedari, air mata jernihnya menitis…

Seusai solat Zohor, Sofia menyambung tujuannya ke shopping complex itu. Walaupun sudah berjam-jam, tangannya masih kosong. Sofia mencari sesuatu yang boleh dijadikan kenangan, sesuatu yang boleh ditatap, dijadikan hiasan. Dan akhirnya…YESSS!!! Pencarian sudah mencapai garisan penamat.  Sofia terpandang sebuah gerai kecil yang menjual crosstitch. Rakus tangannya memilih lukisan crosstitch yang paling sesuai. Setelah pilihan dibuat, Sofia tersenyum tanda puas. Sememangnya Sofia gemar membuat crosstitch tika masa lapangnya. Apabila dia berkahwin, minatnya itu diketepikan begitu sahaja.

“Aida…” Sofia terkesima. Namanya dipanggil. Dan panggilan itu…hanya seorang sahaja dalam hidupnya memanggil dia dengan nama itu…Sofia berpaling!

“Ikhmal…?” Ya Allah, apakah hikmah di sebalik pertemuan yang tidak diduga ini…

“Ya, ni Ikhmal…Maaf kalau saya mengganggu. Aida…sihat?” Ikhmal cuba untuk berbicara dengan Sofia biarpun hatinya bergolak hebat.

“Alhamdulillah sihat…Mal, maafkan Aida atas apa yang dah terjadi dalam hubungan kita…Aida sedar puncanya adalah datang dari Aida sendiri…” Aida bagaikan ingin menerangkan di sebalik kejadian yang berlaku tetapi lidahnya kelu.  Tak mampu terucap lagi dari bibirnya. Sofia pasrah!

“Aida…Aida tak perlu ucapkan maaf. Aida tak salah apa-apa pun pada Mal. Mal faham…Mal dah tau segalanya. Aida cuma terperangkap dengan konflik keluarga Aida. Tidak dinafikan pada mulanya Mal memang tidak dapat menerima hakikat itu. Dan selepas berbulan-bulan Mal kehilangan Aida, barulah Mal boleh menerima ketentuanNya…Mal sentiasa berdoa agar hidup Aida bahagia bersama suami tercinta…walaupun Mal sampai sekarang tidak tahu gerangan suami Aida tu…”

“Ermm…Macam mana Mal tau tentang Aida??” Sofia berasa pelik. Seingatnya dia cuma melafazkan kata putus di hadapan jejaka itu. Tiada penjelasan, tiada kesimpulan.

“Maafkan Mal…Mal tak boleh bagitau tentang tu…Ermm anyway tahniah! Sorry lambat wish…” Ikhmal merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Sofia. Atok Sofia sendiri menelefon Ikhmal sejurus sahaja Sofia memutuskan hubungan mereka berdua. Atok merayu domba di hujung talian agar berpisah dengan Sofia demi kebahagiaan Sofia. Keegoan Ikhmal jelas tergugat tatkala terdengar rayuan, rintihan dan esakan kecil atok Sofia yang sudah dimamah usia itu. Orang kata, biarlah kita berkorban demi kebahagiaan orang yang kita paling sayangi…

“Erk? Terima kasih…Aida minta diri dulu…” Sofia berpaling pergi.

Hati kecil Ikhmal bagaikan teresak-esak memanggil cinta hati yang dirinduinya itu. Matanya sekadar memerhati dari arah belakang tubuh Sofia yang sedang melangkah jauh. Entah bila pula Tuhan mahu pertemukan mereka berdua lagi seperti ini.  Kenapa sukar mahu memadam nama Aida Sofia yang terukir di hatinya? Kenapa payah mahu menghilangkan wajah bayangan Aida Sofia yang terpahat di fikirannya?

Ya Allah…Kau teguhkanlah imanku padaMu, Kau kuatkanlah diriku yang lemah ini, Kau tabahkanlah hatiku yang nipis ini, Kau tenangkanlah fikiranku yang bercelaru ini, agar aku dapat menghadapi segala dugaan yang telah Engkau catatkan dalam hidupku…

BAB 6

            “Abang tak tidur lagi? Abang tunggu Pia ya?” senyum sinis terukir di bibir Sofia.

“Ingatkan dah tak ingat jalan balik ke rumah ni…” perli Adam tatkala terlihat kelibat isterinya pulang.

            “Pia memang dah tak ingat jalan sebenarnya tadi…nasib baiklah ada GPS ni…Kalau tidak, terpaksalah abang jemput Pia kat mana-mana highway…” Pia membalas dengan nada agak berani.

            “Aik? Takkanlah Mr. Right tak mahu hantar kau balik? Dah puas dating dengan isteri orang, terus ditinggalkannya??” Tutur Adam dan tanpa disedari terselit nada marah.

            Sofia tersentap! Terus fikirannya menerawang teringat akan pertemuannya dengan bekas kekasihnya, Ikhmal secara tidak sengaja.

            “Tengok tu! Teringat kat mamat tu agaknya, kan…sampai tak nampak aku berdiri kat sini...” Jealous? Ermm…entah!

            “Abang…Pia minta maaf…Lain kali Pia tak akan keluar lagi tanpa abang…Pia masuk bilik dulu ya…” Lesu Sofia berbicara. Sofia mencium tangan Adam sebagai tanda maaf yang dipinta.

            Adam tidak berganjak. Seakan ada satu perasaan yang tak bisa terungkap sedang menjalar rancak di setiap urat nadinya, sehingga menyekat pernafasannya. Adam masih menafikan soal hatinya terhadap Sofia. Tapi sampai bila???

            Sofia memulakan aktiviti menjahit crosstitch yang dibelinya semalam sebaik sahaja Adam keluar bekerja. Agak kekok sedikit pada awalnya. Silang pangkah benang pada kain crosstitch asyik dibuka dijahit. Setelah setengah jam berlalu, barulah dia dapat ‘menyesuaikan diri’ dengan crosstitchnya. Makin tekun dia menjahit apabila sebahagian gambar bintang berselerakan hampir siap.

            Jahitannya terhenti seketika. Entah mengapa tiba-tiba sahaja bayangan Ikhmal menerjah di fikirannya tika ini. Sungguh dia tidak percaya dia akan bertemu dengan Ikhmal semalam. Susuk tubuh Ikhmal sudah berlainan. Semakin kurus dan seolah-olah tidak terurus. Tetapi kekacakannya masih terserlah. Sofia berasa amat bersalah kerana memutuskan hubungan mereka tanpa penjelasan. Dia tidak mahu Ikhmal tahu sebab musabab dia bertindak sedemikian. Namun, Ikhmal akhirnya mengetahui ceritera sebenar yang berlaku di sebaliknya. Dari mana, daripada siapa, biarlah…Sofia tidak mahu tahu tentang itu…perkahwinan sudah pun berlaku…

BAB 7

            “Bro, kau free tak malam minggu ni?” tanya Adam kepada Ikhmal di sebuah restoran sementelah habis waktu bekerja.

            “Ermm…kalau kau nak ajak aku pergi clubbing, awal-awal lagi aku dah menyumpah ok.” Tegas Ikhmal.

            “Apalah kau ni, Ikhmal. Aku pun dah lama tak pergi tempat-tempat macam tu. Sesak aku dibuatnya kat dalam club tu. Lagipun aku taulah kau bukan sejenis dengan aku, kan. Aku ni dahlah sesat, takkan nak menyesatkan kawan baik sendiri pula, kan.”

            “Habis tu, ada apa malam minggu ni?” soal Ikhmal sambil menjungkitkan sebelah kiri keningnya sebiji macam Kak Ziana gitu.

            “Aku ingat nak ajak kau makan malam kat rumah aku. Kan aku pernah janji dengan kau. Kalau jadi, aku nak suruh isteri aku masak special untuk tetamu khasnya ni. Boleh tak ni?”

            “So far, aku belum ada apa-apa perancangan lagi untuk malam minggu ni. Insya-Allah aku datang. Walau macam mana pun, aku akan cuba untuk datang ok.” Ikhmal tersenyum.

            “Ala, kira confirm datanglah ni, kan. Haha…kau kalau bab makan memang no 1! Mana mungkin kau nak tolak pelawaan special aku ni, haha…”

            Siakap digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak 4 rasa. Selalu yang kita dengar hanyalah 3 rasa. So, apa lagi satu rasa ya? Ermm serbuk kari! Bau masakan dari dapur menjengah ke ruang tamu di mana Adam berada di situ sedang menonton TV plasma. Perut Adam mula mengaum tanda lapar. Jam menunjukkan sudah pukul 8 malam. Serentak loceng berbunyi. Ikhmal!

            “Assalamualaikum…”

            “Waalaikumussalam, panjang umur kau. Aku dah agak dah kau tak akan lewat punya. Punctual! Jom duduk dulu…” Adam menjemput Ikhmal duduk di sofa memandangkan makanan belum siap terhidang sepenuhnya.

            “Kau pakai smart ni ada apa? Macamlah kau nak jumpa awek, walhal datang sini aje pun…”

            “Eh apa salahnya. Aku kan tetamu istimewa kau. Haha…dah tu tak kan aku tak pakai baju kot…kang isteri kau tengok, maunya dia terpikat kat aku…Jangan menyesal tau,” usik Ikhmal.

            “Abang, hidangan dah siap. Jemputlah kawan abang tu makan.” Sofia bersuara dari arah belakang.

            Alangkah terkejutnya Sofia tatkala terpandang wajah Ikhmal. Ikhmal apatah lagi, lebih teruk terkejut beruknya berbanding Sofia. Masing-masing bertatapan mata, kelu lidah untuk bersuara, seolah-olah ada tarikan magnet di antara Sofia dan Ikhmal. Adam memerhatikan tingkah mereka berdua.

            “Ehem…Kenapa dengan korang berdua ni? Kenal ke?” soal Adam seakan jealous.

            “Ermm…tak adalah. Bertuah kau dapat isteri secantik ni…pandai masak pula tu,” puji Ikhmal sebagai coverline. Dia tidak mahu Adam tahu tentang kisah cinta mereka. Tetapi sayang, kawan baiknya yang berperangai agak syaitan ni yang berjaya menakluki hati Aida Sofia. Bahagiakah Aida hidup bersama Adam? Sukar dijawab…

             Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, kepala Ikhmal ligat berfikir tentang Aida. Apakah yang Tuhan telah rencanakan sebenarnya? Aida muncul semula dalam hidupnya setelah bergelar isteri kawan baiknya sendiri. Hati ini tidak pernah membohongi bahawasanya ia masih milik wanita bernama Aida Sofia. Betapa sukar nak diungkapkan perasaannya tika melihat Aida bersama Adam.

Ikhmal memberhentikan keretanya di atas jambatan Putrajaya. Dia meluru keluar mengadap tasik. Hatinya merintih sendiri. Keegoannya luntur. Terlihat setitis demi setitis air mata lelakinya luruh ke bumi. Kerana cinta! Ya, Ikhmal masih cintakan Aida!

ARGGGGHHHHHHHHHH!!!!!!!!!

 BAB 8

            “Hello sayang…ada apa call I malam-malam ni…” bisik Adam apabila deringan Blackberry miliknya memecah sunyi.

            Terdengar sayup suara rengekan manja seorang gadis di hujung talian. Sofia hanya memejamkan matanya seolah-olah sedang enak dibuai mimpi.

            “Ok dear…sok I datang jumpa U ok…good night…” segera Adam mematikan handphone.

            Di kala kelam malam, di sebalik siraman lampu jalan yang menyinari kamar tidur, terpancar air mata Sofia di pembaringannya. Sofia menangis sendu. Manakala Adam sedang lena. Sayu hati Sofia apabila mendengar suaminya bermesra, bersayang-sayang dengan wanita lain, sedangkan dirinya wanita yang sah untuknya tidak dihiraukannya pula. Apakah ini balasan yang harus diterimanya setelah mengecewakan Ikhmal? Ikhmal, lelaki yang tulus mencintai Sofia tetapi telah dikecewakannya…Adam, lelaki yang telah mengecewakan Sofia dan tidak pernah mencintainya…Sofia pasti seandainya Adam adalah jodoh yang telah tercipta untuknya, dia redha! Tuhan sedang menguji dirinya, cintanya…dan yang pasti cintanya pada Yang Satu tetap tiada galang ganti.

             Azan Subuh berkumandang. Sofia cuba membuka mata tetapi tidak berjaya. Kepalanya terasa berat macam kena hempap sebiji batu besar. Sofia tertidur semula. Sepuluh minit kemudian, digagahkan juga dirinya untuk bangun menunaikan kewajipannya. Seperti biasa, acapkali Sofia mengejutkan suaminya, tiada respons. Setiap kali diajak Adam solat, ada sahaja alasan yang diterima oleh telinganya. Tiada apa yang mampu aku lakukan melainkan doa.

            Sofia sudah tidak berdaya lagi. Dia kembali beradu. Matanya yang membengkak terasa semakin mengecil penglihatannya. Mana tidaknya, menangis dan terus menangis sepanjang malam. Tidak tahulah bila masa mata Sofia terpejam rapat. Tidur dalam tangisan.

            “Aik? Tak bangun lagi? Selalu dia yang kejutkan aku bangun setiap pagi.” Adam berasa pelik.

            “Uikss…bangunlah! Aku nak pergi kerja dah ni…Kau dah siapkan sarapan belum?” tanpa belas Adam menjerit kecil di telinga Sofia hingga membuatkan Sofia terjaga.

            “Abang…maafkan Pia, bang…Pia tak larat sangat…Boleh tak abang sarapan jer di luar dengan awek-awek abang tu?” sempat lagi Sofia bergurau sebegitu.

            “Erk? Kau sakit ke? Semalam sihat walafiat aje aku tengok. Jangan lupa makan ubat. Aku pergi dulu.”

            Sofia memejamkan matanya semula. Sekadar pesanan penaja macam tu, semua orang boleh cakap. Tak ada perikemanusiaan langsung. Sekurang-kurangnya letaklah belakang telapak tangannya di dahi atau leher Sofia.  Barulah tahu tahap kepanasan suhu badan Sofia yang lemah terkulai tu. Haisyh! Ini gara-gara kejadian malam tadi agaknya. Tak pasal-pasal terus dapat demam jealous!

            Di hujung sudut meja kecil dalam Kluang Station, terlihat Adam seorang sendiri sedang enak menjamah roti bakar, telur separuh masak dan white coffee. Sedikit pun dia tidak memikirkan keadaan Sofia. Betul ke? Dan sebenarnya dia asyik teringat akan Sofia. Dia dapat meneka keadaan isterinya itu kurang baik. Tetapi keegoannya mendahului. Sebab itulah dia cuma berpesan ‘jangan lupa makan ubat’. Kira baguslah kan daripada tak cakap apa-apa…lagipun dah besar panjang, pandai-pandailah nak hidup. Kalau sakit, pergilah klinik, tak pun telan aje panadol.

            Adam tidak sedar bukan itu yang diperlukan oleh seorang wanita tambahan pula seorang isteri. Cukuplah sekadar ambil berat tentang kesihatannya. Sofia sememangnya dambakan secebis perhatian daripada suaminya. Apatah lagi di waktu demam begini. Alangkah bahagia hati Sofia seandainya Adam berada di sisinya kini sedang menemaninya, mengurut-urut kepalanya, menuam kepalanya supaya cepat kebah. Ermm khayalan semata-mata okies!

            Jarum pendek jam sedang menunjukkan kedudukannya di antara nombor 11 dan 12 manakala jarum panjang mengarah ke nombor 6.  Pukul 11.30 pagi! Mak oii…terlajak sudah…Aduh! Kepala Sofia semakin terasa berat! Badannya pun kian hangat! Dia tiada daya untuk bangun dari pembaringannya. Apa yang harus dia lakukan? Adam! Dia mesti telefon Adam. Biarlah suara menyeringai Adam yang diterimanya. Dia tiada cara lain. Dia meraba-raba bawah bantal mencari handphone. Tetapi malangnya, handphone itu sudah kehabisan bateri. Langsung tidak boleh digunakan. Tempat suis untuk mengecas bateri handphone terletak di sudut kamar itu. Dia hanya mampu memandang sahaja dari katil peraduannya. Lantas matanya tertutup semula.

            Kesibukannya di pejabat, mengendalikan meeting, berjumpa dengan client, membuatkan Adam terlupa akan keadaan Sofia di rumah. Satu panggilan pun tidak dibuatnya. Tetapi yang peliknya, temu janjinya dengan Irene petang itu diingatinya pula. Walhal mana lagi penting? Isterinya di rumah ataupun salah seorang aweknya yang sedang menantikan kehadirannya? Ermm…

            “Kenapa U lambat?” soal Irene.

            “Sorry sayang…last minute tadi ada client call…” jelas Adam seraya memujuk Irene.

            “Client call ke girlfriend call? Ermm…tak kisahlah U dengan siapapun yang penting U kena temankan I shopping. Boleh kan, dear…” rengek manja Irene di telinga Adam.

            “U ni asyik shopping aje. Tak bosan ke?”

            “Alaa U ni…dah lama I tak shopping tau…bolehlah dear…please,” rayu Irene.

            “Yalah…jom!”

            “Thank you dear! Ni yang I sayang U sangat-sangat!” pantas pipi Adam dikucup.

            “Haah. Yalah sayang aku ke sayang duit aku??! kalau dah nama pun pisau cukur, memang pantanglah nampak lelaki kaya macam aku ni. Haisyh! Kau ingat senang-senang jer nak kikis harta aku ya. Tunggulah!” desis hati kecil Adam sambil melemparkan senyuman macho pada Irene di sebelahnya.
           
            “Sayang…I nak pergi washroom kejap…U pilihlah handbag mana yang U nak, nanti U just call me,”

            “U jangan pergi lama sangat ya. I dah tak sabar dah nak dapatkan my favourite handbag.” Pesan Irene dengan senyuman yang menggodanya.

            Selang setengah jam kemudian…Adam masih tidak muncul di hadapan Irene. Irene berasa resah gelisah. Telefon tidak dijawabnya. Merata tempat sudah Irene mencari tetapi Adam tiada.
            “Haha…padan muka kau, Irene. Aku tak akan jadi bodoh kerana perempuan macam kau. Kenapalah semua perempuan yang dekati aku sama aje…kaki kikis! Ingat aku ni mesin ATM ke? Haisyh!” bicara sendirian di sisi kereta merah Mazda RX8.

            Adam terlupa bahawa hanya ada seorang sahaja perempuan yang benar-benar tulus mencintai dirinya iaitu Sofia, isterinya yang sedang sakit di rumah. Dan sememangnya Adam jua turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Sofia tetapi acapkali dinafikan sekerasnya. Sofia cukup sempurna di mata Adam. Tiada cacat cela. Seorang isteri yang baik, yang taat padanya, patuh agamanya, cantik, bijak dan hormat orang tua dan dirinya. disebabkan kesempurnaan itulah Adam tidak dapat menerima Sofia. Adam berasa terlalu kerdil. dia adalah seorang suami yang tidak setia, kaki perempuan, suka berfoya-foya, jauh sekali menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim.

            “Sofia! Aku dah balik ni…” jerit Adam memanggil isterinya. Sunyi sepi agam indahnya tatkala dia melangkah masuk.

            Adam mencari Sofia di segenap ruang rumahnya namun tiada. Adam berjalan ke arah kamarnya lalu tombol pintu dipulasnya. Alangkah terkejutnya apabila melihat sekujur tubuh terbaring di hadapan bilik air.

            “Astaghfirullah Sofia…Sofia, bangun Pia…” Adam memanggil nama Sofia berulang kali sambil menampar lembut pipi mulus Sofia. Kaget tiada respons.

            Bergegas Adam mengangkat Sofia untuk dibawa ke hospital berdekatan. Dia memecut RX8 dan berdoa agar Sofia selamat. Kalau terjadi apa-apa pada Sofia, Adam pasti menyesal seumur hidup. Dia memang lupa akan keadaan Sofia dan menyangkakan sudah kebah.

ALHAMDULILLAH…Tiada apa yang perlu dirisaukan…Terima kasih Ya Tuhan…

BAB 9

            Dushh! Sasaran tepat ke arah muka Adam. Hatinya semakin marak membara apabila dia terkenangkan Aida. Kesian Aida bersuamikan kaki betina tak sedar diri ini! Memang padan muka Adam!

            “Oitt! Apa hal ni tiba-tiba aje bagi penumbuk free kat aku ni?” terpinga-pinga Adam dengan tindakan drastik Ikhmal.

            “Memang patut pun kau kena sejibik dengan aku. Dah ada bini, buatlah cara ada bini. Jantan jenis apalah kau ni?”

            “Chop! Chop! Aku tak faham apa yang kau nak cakap sebenarnya ni?”

            “Tak faham ke buat-buat tak faham, hah?! Aku merayu sangat-sangat pada kau kali ni. Tolonglah ubah diri kau tu. Jagalah bini kau tu baik-baik. Tolong jangan sakiti hati dia. Kalau dia tau kau berperangai setan kat luar, mesti dia kecewa.”

            “Mal, kau ok ke ni? Kau ada kaitan dengan bini aku ke?” semakin musykil Adam tambahan melihat Ikhmal merayu domba sebegitu demi isterinya.

            “Haah! Memang ada! Aku cintakan dia! Aku tak pernah lupakan dia hingga saat ni! Aku tak pandang perempuan lain semata-mata sebab cinta aku pada dia masih utuh. Biarpun dia sudah jadi milik kau! Sudah lama aku cuba mencari dia, cukuplah kalau aku hanya dapat melihat dia dari jauh, samada dia hidup bahagia ataupun tidak. Dan akhirnya aku jumpa dia tetapi sayang rupa-rupanya dia sudah menjadi isteri kau! Puas hati kau?”

            “Astagfirullahalazim…dia ke wanita yang kau maksudkan selama ni? Yang kau cintakan sejak zaman universiti dulu?”

            Ikhmal hanya mampu mengangguk lesu. Air mata lelakinya rebah ke bumi akhirnya.

            “Adam…kalau kau tak sayang dia, kau lepaskanlah dia. Aku akan sunting dia menjadi permaisuri hatiku. Tetapi kalau kau memang sayangkan dia, kau janganlah sesekali lepaskan dia. Kau tolonglah jaga dia dan hargailah dia seadanya…itu aje yang aku pinta dari kau, Adam…”

            Perkelahian kecil yang terjadi antara Adam dengan Ikhmal bermain-main di fikiran Adam sejak tadi. Rasa bersalahnya dia kerana dialah punca perpisahan hubungan cinta Ikhmal dan Sofia. Kalaulah dia tahu dari awal-awal lagi dia akan menolak sekeras-kerasnya tindakan ibu bapanya yang memaksa dia berkahwin dengan Sofia. Dia tahu Ikhmal terlalu cintakan Sofia. Ya, Aida Sofia.

            Sekarang,apa yang harus Adam lakukan? Adam perlu bijak membuat pilihan. Demi persahabatan, Adam akan lepaskan Sofia untuk Ikhmal ataupun demi cintanya pada Sofia yang masih diulit sepi, tak akan dia lepaskan? Masih terngiang-ngiang kata-kata terakhir Ikhmal itu.

BAB 10

“Abang…boleh Pia tanya sesuatu?” soal Sofia pada Adam di suatu malam yang sepi.

“Erk? Apa yang kau nak?” getus Adam yang sedang membaca akhbar Berita Harian di balkoni kamar mereka.

“Abang…kenapa sampai sekarang abang tak pernah buka pintu hati abang untuk terima Pia dalam hidup abang…Maafkan Pia, bang seandainya ada banyak cacat cela pasal Pia di mata abang sepanjang Pia menjadi isteri abang…Pia rasa Pia dah cuba menjadi isteri yang terbaik untuk abang…” Pia cuba menyembunyikan tangisan sendunya di sebalik hembusan bayu yang menampar halus pipinya.

Adam terkedu. Ligat otaknya berfikir mencari jawapan yang paling selamat. Aduh! Apa nak jawab ni?? Haruskah Adam berterus terang tentang perasaannya pada Sofia? Ataupun biarkan sahaja perasaan itu menjalar tanpa diketahui oleh Sofia? Tapi sampai bila hendak menafikan apa yang sudah tersurat dalam hatinya?

“Erm…suka hati abangla nak buka ke nak tutup pintu tu ke…Kenapa kau tiba-tiba tanya camni? Kau dah tak tahan duduk dengan akulah tu kan…ke kau nak minta cerai sebab ada orang nak kahwin dengan kau??” dalih Adam biarpun dadanya bergetar hebat. Dia tak sanggup soalan terakhirnya itu dijawab ‘Ya’, ataupun ‘Haah’. Oh tidak!

“Sorry kalau Pia buat abang terasa. Pia cuma nak tau aje tak salah kan…Tak apalah bang. Anggaplah Pia tak pernah tanya apa-apa pada abang…Pia masuk tidur dulu ya. Selamat malam…” sayu aje bicara Sofia lalu melangkah ke katil.

Fuhh~nasib baik bukan jawapan itu yang didengarnya. Nasib baik bukan nama Ikhmal yang tersembul keluar dari mulut Sofia. Mana mungkin Adam sanggup melepaskan satu-satunya wanita yang berjaya mencuri hatinya dalam diam. Lain daripada perempuan lain yang dia kenal. Namun, kenapa susah sangat ayat seperti ‘Abang sayangkan Pia’, ‘Adam cintakan Pia’, ‘Abang mahu sehidup semati dengan Pia’ ataupun ‘Terima kasih, sayang kerana menjaga abang dengan baik selama ni’.

            Tatkala terpandang wajah bujur sirih milik Sofia yang sedang nyenyak tidur, Adam mengambil kesempatan untuk merenung wajah yang dicintainya itu. Sungguh sempurna ciptaan Allah itu.

            “Abang minta maaf, sayang…abang tak patut buat Pia sampai camni…” bicara Adam dengan nada yang sangat perlahan. Adam sempat lagi mengelus rambut Sofia lantas memberikan satu kucupan di dahi Sofia.

            Sofia pasti dia tidak salah dengar apa yang telah terucap dari mulut Adam. Sofia hanya berpura-pura tidur. Risau juga dia kalau rancangan yang direncanakan khas untuk suaminya itu terbatal.

            Chuppp!

            Satu kucupan hinggap di pipi kiri Adam! Adam kaget!

            “Selamat hari jadi, abang…” tutur Sofia penuh lemah lembut.

            Adam cepat-cepat berkira-kira betul ke hari ini hari jadinya? Ataupun Sofia sengaja mahu mengenakan dirinya? Ermm…betullah! Macam mana dia boleh lupa!

            “Aaa…” tak terkeluar suara Adam.

            Sofia terus mencekup mulut Adam dengan telapak tangan kanannya. Sofia mengarahkan Adam untuk membuntuti dia keluar dari bilik tanpa berkata apa-apa. Adam cepat-cepat mengangguk tanda menurut perintah. Pelik dia lihat isterinya itu.

            Langkahnya terhenti. Matanya terbuntang. Suara tersekat, hanya kelihatan di halkumnya bahawa dia sedang menelan air liur. Alangkah terkejutnya Adam sebaik sahaja mahu menuruni tangga. Gelap gelita ruang di bawah sana. Hanya sinaran dari cahaya lilin yang tersusun indah di setiap sudut. Di hujung anak tangga terukir lambang berbentuk hati dengan menggunakan beberapa batang lilin. Semakin cair jiwa lelakinya apabila terpandangkan meja makan yang dihiasi indah seolah-olah candle light dinner. Sofia berlari keanak-anakan mendapatkan remote DVD dan terus lagu berputar.

Hiding from the rain and snow
Trying to forget but I won’t let go
Looking at a crowded street
Listening to my own heart beat
So many people all around the world
Tell me where do I find someone like you girl

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I’m old
Show me what love is – haven’t got a clue
Show me that wonders can be true

They say nothing lasts forever
We’re only here today
Love is now or never
Bring me far away

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand and hold me
Show me what love is – be my guiding star
It’s easy take me to your heart

Standing on a mountain high
Looking at the moon through a clear blue sky
I should go and see some friends
But they don’t really comprehend

Don’t need too much talking without saying anything
All I need is someone who makes me wanna sing


            Tiada lafaz yang mampu terungkap. Tiada lukisan yang mampu digambarkan. Tiada sentuhan yang mampu dirasa. Tiada! Tiada! Tiada apa lagi ya? Aduyai~~batinku sedang menangis! Adakah keegoan Adam hampir tewas?

            “Sofia…ermm..aa..abang minta…minta maaf…” terputus-putus bicara Adam.

            “Abang, Pia sebagai isteri abang, Pia dah lama maafkan abang…Pia sentiasa doakan abang menerima Pia seadanya…”

            “Terima kasih, sayang…”

            Uhuk! Uhuk! Terbatuk kecil Sofia mendengar perkataan ‘sayang’ dari mulut Adam. Dalam hati Sofia memang berbunga-bunga! Hehe…

            Di celah kerlipan cahaya lilin, Adam merenung Sofia. Sungguh suci murni hati Sofia. Dan kali ini dia yakin, dia memang cintakan Sofia dan berjanji pada diri sendiri mulai malam ni dia akan jadikan Sofia hak mutlaknya yang sah! Ikhmal? Ahh…aku punya hak!

            Setelah hidangan dijamah, pasangan itu sama-sama meniup semua api lilin. Gelak ketawa kedengaran dalam kesepian malam. Memang romantis! Sebelum menekan remote ‘stop’, sempat lagi mereka berdua menari melenggokkan tubuh mengikut alunan lagu. Nasib baiklah segala rancangan berjalan lancar.

            “Abang, Pia tak ada hadiah yang special untuk abang. Nah, ambillah...Pia harap abang sukakannya…Tak suka pun tak apalah, Pia tetap akan gantungkannya kat situ…hihi…” jari telunjuknya dituding ke arah paku yang masih kosong tepat mengadap katil.

            “Sayang, apa yang sayang dah lakukan malam ni semata-mata untuk abang, pun dah cukup abang hargai. Ni sayang jahit sendiri ke? Comel! Kucing jantan ni mesti abang kan…pastu kucing betina ni sayang kan…kita berdua sedang menikmati suasana pantai sambil ditemani bintang-bintang di langit kan…”

            Sofia hanya tersenyum. Senyuman bahagia…

            “I love you, sayang…”

            “I love you too, abang…”

            Tanpa disedari, kedua-dua hati mereka bersatu dan bersama-sama melayari mahligai indah milik mereka berdua. Dan akhirnya Adam tersungkur di pintu cinta hatinya. Bagi Sofia, Adam tetap suaminya yang dicintai biarpun di awal gerbang, cintanya bukan milik Adam tetapi Ikhmal. Ikhmal? Sofia doakan Ikhmal diketemukan jodohnya yang terbaik. Alhamdulillah…kebahagiaan rumahtangga yang dipinta setiap detik semakin mula dirasai…terima kasih Ya Rabbi…atas kurniaanMu yang tak terhingga…


~ No-Rulesz Has’z~
*************************************************************************************************************

Cerpen ke-3 aku kat PENULISAN2U~~~